DIARI SEORANG GURU PRASEKOLAH

Perkongsian ilmu dan pengalaman mendidik kanak-kanak

Seramai 80 orang Pembantu Pengurusan Murid dan beberapa orang Guru Prasekolah dari Daerah Kuala Selangor telah mengadakan lawatan ke kelas Prasekolah SK Lanchang di daerah Temerloh, Pahang. Ini juga merupakan aktiviti tahunan Pembantu Pengurusan Murid.

Kelas Prasekolah SK Lanchang telah dibuka pada tahun 2008 dan sehingga kini hanya mempunyai sebuah kelas sahaja. Terdiri daripada seorang guru dan seorang Pembantu Pengurusan Murid serta 25 orang murid prasekolah.

Kelas prasekolah ini mempunyai ruang pembelajaran pada bahagian hadapan dan ruang dapur dan tandas yang luas dan selesa. Ia juga mempunyai pelbagai jenis permainan di taman permainan. Berikut ialah sedikit sebanyak hasil lawatan yang ingin dikongsikan :

Taklimat dari Guru Prasekolah, Guru Besar dan PPD Prasekolah Daerah Kuala Selangor.

Penyampaian Cenderahati kepada Pihak Sekolah dan Guru Prasekolah SK Lanchang

Aktiviti seterusnya dan yang ditunggu-tunggu ialah melawat kelas Prasekolah SK Lanchang :

Di penghujung lawatan kami disajikan dengan jamuan makan yang menyelerakan

Tahniah kepada Prasekolah SK Lanchang !!!

Jutaaan terima kasih diucapkan kepada pihak Sekolah Kebangsaan Lanchang di atas kerjasama yang diberikan dalam menerima kunjungan kami…

SELAMAT MAJU JAYA !!!

Share/Save/Bookmark

Pada 14 November 2011 (Isnin), guru-guru prasekolah Daerah Kuala Selangor seramai 80 orang telah mengadakan lawatan penanda aras ke Prasekolah SK RTB Bukit Changgang…aktiviti ini adalah aktiviti tahunan iaitu mengadakan lawatan penanda aras ke kelas prasekolah terpilih.

Prasekolah SK RTB Bukit Changgang telah mula dibuka pada tahun 2005 iaitu kelas Prasekolah Rajin. Kemudian dua buah kelas prasekolah dibuka pada tahun 2008 iaitu kelas Prasekolah Tekun dan Bijak. Dua buah kelas Prasekolah lagi akan dibuka pada tahun 2012 dan akan menjadikan jumlah keseluruhan adalah lima buah kelas Prasekolah.

Kelas Prasekolah Rajin terletak berhampiran dengan Dewan Terbuka sekolah manakala kelas Prasekolah Tekun dan Bijak mempunyai bangunan sendiri yang terletak mengadap padang sekolah. Kemudahan yang disediakan di kelas Prasekolah meliputi ruang pembelajaran, sebuah dapur, ruang makan, bilik air, stor serta taman permainan.

Murid Prasekolah terdiri daripada penduduk sekitar kawasan sekolah yang berumur 5 hingga 6 tahun. Tenaga pengajar di prasekolah merupakan guru opsyen Pendidikan Prasekolah dari Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia. Manakala Pembantu Pengurusan Murid yang terlatih dan berpengalaman membantu guru dalam pengurusan PnP dan kelas telah diberikan kursus serta latihan dalam bidang tugas mereka.

Ketibaan kami disambut dengan mesra dan setiap guru akan diiringi dengan seorang murid prasekolah yang siap memakai pelbagai jenis pakaian yang cantik.

Murid-murid prasekolah bersiap sedia untuk membuat persembahan

Persembahan mantap dari murid-murid prasekolah setiap kelas

Kelas Prasekolah

Penyampaian Cenderahati

Jamuan makan yang lazat disajikan kepada para tetamu

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diberikan kepada pihak sekolah SK RTB Bukit Changgang dan PPD Kuala Langat di atas kesudian menerima kunjungan kami…

SELAMAT MAJU JAYA !!!

Share/Save/Bookmark

Nov
15

Pentas Prasekolah

Posted by mshalim

Salam untuk semua….

Kali ini merupakan perkongsian idea mengenai satu benda yang telah telah saya hasilkan daripada bahan terbuang di belakang sekolah. Meja murid yang sudah tidak digunakan lagi dan menunggu masa untuk dilupuskan…

Mula-mula sekali potong kaki meja itu mengikut ukuran ketinggian pentas yang dikehendaki dan bersesuaian dengan kanak-kanak prasekolah.

Meja murid yang kelihatan uzur dan kelihatan seperti tidak kukuh.

Bahagian atas atau permukaan meja yang uzur tadi saya tukar dengan permukaan meja yang lebih baik dan beberapa batang kayu saya tambah pada bahagian dalam yang berfungsi untuk mengukuhkan lagi pentas.

Permukaan meja dan batang kayu juga saya ambil dari meja dan kayu terpakai di belakang sekolah.

Inilah hasilnya….Sebuah pentas prasekolah yang dihasilkan daripada meja dan kayu terbuang di belakang sekolah.

Mungkin pentas prasekolah ini tidak seindah mana, tapi sekurang-kurangnya saya kita dapat memanfaatkan meja-meja murid di belakang sekolah daripada terus terbiar dan akan dilupuskan…

Share/Save/Bookmark

Nov
10

Mini Aquarium

Posted by mshalim

Salam hormat….paparan kali ini adalah hasil perkongsian idea daripada salah seorang kenalan saya di Facebook iaitu adik Sarah Najihah Mohamad Fauzi

Beliau menghasilkan mini aquarium daripada botol minuman yang sudah tidak digunakan lagi. Terima kasih kepada beliau di atas perkongsian idea dan kesudian beliau untuk berkongsi cara menghasilkan mini aquarium di sini.

1- Sediakan barang dan peralatan yang diperlukan…botol plastik minuman, batu perhiasan, ikan, gunting dan pisau.

2- Botol plastik tersebut dipotong pada bahagian seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas. Botol terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian atas dan bahagian bawah.

3- Letakkan bahagian atas botol pada bahagian bawah botol seperti kedudukan dalam gambar di atas. Bahagian atas berfungsi sebagai mini aquarium dan bahagian bawah botol berfungsi sebagai pemegang aquarium. Masukkan batu hiasan ke dalam botol tersebut.

4- Isikan air pada botol dan jangan isi sehingga penuh.

5- Masukkan ikan ke dalam botol yang telah diisi dengan air itu tadi. Jeng jeng jeng…siap sudah mini aquarium….

Sekarang kita lihat bagaimana hendak menukar air pada mini aquarium ini :

Keluarkan bahagian atas botol yang berisi air daripada bahagian bawah botol. Buka penutup botol dan buang air itu dan ganti dengan air yang baru dan siap.

Mudah bukan…setiap orang pasti mampu menghasilkannya. Mungkin anda dapat menghasilkan mini aquarium yang cantik seperti ini…

SELAMAT MENCUBA !!!

Share/Save/Bookmark

Satu lagi aktiviti prasekolah yang dijalankan pada bulan yang mulia ini. Biasanya rumah terbuka seperti ini diadakan di rumah tapi kali ini, rumah terbuka diadakan khas di kelas prasekolah. Program ini diadakan pada hari Selasa, 20 September 2011.

Dua buah kanopi ditempah khas untuk tujuan ini untuk keselesaan para tetamu yang hadir menjamu selera. Sasaran program ini ialah murid prasekolah, ibu bapa dan penjaga, semua guru dan kakitangan SK Parit Serong, guru-guru dan pembantu pengurusan murid prasekolah sekolah-sekolah berhampiran dan jemputan-jemputan khas.

Objektif program ini ialah bagi mewujudkan suasana Aidilfitri di kelas prasekolah. Dengan ini murid-murid prasekolah dapat merasakan sendiri suasana tersebut di kelas prasekolah. Selain itu, program ini juga diharapkan dapat merapatkan lagi silaturrahim sesama kita.

Ibu bapa hadir pada awal pagi membantu membuat persiapan.

Para jemputan yang hadir sedang menjamu selera.

Guru-guru prasekolah dan pembantu pengurusan murid sekolah-sekolah berhampiran turut hadir bagi memeriahkan lagi rumah terbuka kali ini.

Alhamdulillah program yang dirancang berjalan dengan lancar dan cuaca pada hari tersebut juga sangat baik. Terima kasih diucapkan kepada semua tetamu yang hadir.

Tidak dilupakan juga setinggi-tinggi penghargaan kepada pembantu pengurusan murid dan semua ibu bapa yang sibuk membantu membuat persiapan sejak dari pagi.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga kita berjumpa lagi pada Aidilfitri tahun akan datang.

Share/Save/Bookmark

Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada semua…mohon maaf zahir dan batin…

Prasekolah SK Parit Serong juga tidak ketinggalan untuk meraikannya… Program Ziarah diadakan bersama dan melibatkan warga prasekolah, murid prasekolah dan ibu bapa.

Sempena bulan yang mulia ini, program ini diadakan untuk menjalinkan ukhwah dan merapatkan silaturrahim. Sebelum program dijalankan, guru dan ibu bapa telah bermesyuarat untuk menentukan tarikh untuk setiap rumah dan bagi memastikan progam ini berjalan dengan lancar.

Program ini diadakan selama 3 hari berturut-turut iaitu pada 6,7 dan 8 September 2011.

6 September 2011 (Selasa)

7 September 2011 (Rabu)

8 September 2011 (Khamis)

Alhamdulillah telah selesai Program Ziarah Hari Raya Aidilfitri 2011 yang berlangsung dengan lancar selama 3 hari. Semua yang mengikuti program ini berasa sangat gembira terutama kanak-kanak prasekolah.

Di harap program ini akan berlangsung lagi pada tahun hadapan dan lebih meriah dengan kehadiran ibu bapa dan ahli keluarga yang hadir.

Share/Save/Bookmark

Makluman ini khas untuk para ibu bapa dan penduduk setempat terutama sekali untuk mereka yang berada berhampiran dengan Sekolah Kebangsaan Parit Serong

TERBUKA KEPADA KANAK-KANAK YANG BERUMUR 5 DAN 6 TAHUN

Sila ambil borang di KELAS PRASEKOLAH atau PEJABAT Sekolah Kebangsaan Parit Serong.

Anda juga boleh download borang tersebut di sini :

Sila kembalikan borang tersebut dengan segera ke kelas prasekolah atau pejabat Sekolah Kebangsaan Parit Serong atau secara pos di alamat :

PRASEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT SERONG

45500 TANJUNG KARANG

SELANGOR DARUL EHSAN.

Sila sertakan dokumen seperti berikut :

1. Salinan sijil kelahiran atau surat pengangkatan.

2. Salinan sijil nikah ibu bapa.

3. Salinan kad pengenalan ibu bapa / penjaga.

4. Salinan rekod kesihatan perkembangan kanak-kanak.

5. Borang butir murid yang telah lengkap diisi.

6. Salinan bil elektrik / air.

7. Gambar berukuran pasport (4 keping). Sila tulis nama di belakang gambar.

Untuk pertanyaan lanjut, sila KLIK DI SINI !!!

Share/Save/Bookmark

Jul
25

SUKAN TAHUNAN PRASEKOLAH 2011

Posted by mshalim

Seperti tahun-tahun sebelum ini, sukan prasekolah merupakan aktiviti yang diadakan pada setiap tahun untuk murid-murid prasekolah.

Oleh kerana Prasekolah hanya mempunyai satu kelas sahaja, aktiviti ini diadakan secara bersama dengan sukan tahunan Sekolah Kebangsaan Parit Serong yang melibatkan semua murid tahun 1 hingga tahun 6.

Sukan tahunan ini diadakan pada 24 Julai 2011 iaitu pada hari Ahad. Beginilah sepanjang hari sukan prasekolah 2011….

Acara individu Lari Terus 80 Meter

Acara kumpulan Kutip Bola Padat

Acara kumpulan Aiskrim Gergasi

Acara kumpulan Jumping Ball

Hadiah untuk para pemenang disampaikan oleh Guru Besar SK Parit Serong, Hj. Ahmad Yusak b. Tukiman

Setiap murid prasekolah tidak pulang dengan tangan kosong. Hadiah untuk setiap murid dan yang paling seronok sekali apabila setiap murid dihadiahkan jumping ball.

Berkolaborasi dengan guru-guru SK Parit Serong dalam menjayakan Sukan Tahunan 2011

Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Parit Serong 2011 telah berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang. Murid-murid diberi cuti selama satu hari iaitu pada 25 Julai 2011 bersamaan dengan hari Isnin.

Share/Save/Bookmark

Jul
05

Projek Rak Suku Kata

Posted by mshalim

Sekali lagi kawasan belakang sekolah menjadi tumpuanku untuk menjejaki bahan-bahan yang terbuang dan tidak digunakan lagi…Hasilnya, inilah dia sesuatu yang telah mencuri tumpuanku….

Sebuah rak lama yang pernah digunakan suatu masa dahulu di pusat sumber sekolah….kini setelah ia tidak digunakan lagi, ia diletakkan di kawasan belakang sekolah. Kesian dia….Sebenarnya rak ini beruntung kerana Cikgu Halim yang jumpa….hahaha…..

Dengan beberapa sentuhan oleh Cikgu Halim, rak ini diperbaharui dan dicat semula menjadi seperti ini…

Karpet berwarna digunakan untuk membalut beberapa bahagian supaya ia kelihatan lebih menarik dan berfungsi dengan baik….Beginilah hasilnya apabila ia telah siap sepenuhnya….

Daripada sebuah rak lama yang tidak digunakan lagi menjadi sebuah rak suku kata yang jauh lebih menarik daripada rupa asal dan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh murid prasekolah.

Rak suku kata terbahagi kepada lima bahagian. Setiap bahagian dikhaskan untuk satu huruf vokal…..a,e,i,o,u

Selain ia digunakan dengan bimbingan guru, murid prasekolah juga boleh bermain kad suku kata terbuka dengan mencantumkan kad suku kata itu menjadi perkataan. Untuk penambahbaikan di masa akan datang saya akan buatkan gambar-gambar untuk diletakkan sekali pada setiap bahagian rak suku kata ini…

Dengan adanya rak suku kata, diharap murid prasekolah dapat menguasai suku kata terbuka dengan mudah….

Share/Save/Bookmark

Jun
28

Projek Kolam Mini

Posted by mshalim

Projek ini adalah untuk merealisasikan impian untuk menjadikan tandas prasekolah tidak seperti tandas-tandas biasa yang lain…ini kerana kolam mini ini ditempatkan di satu sudut di dalam tandas prasekolah.

Masih lagi mengekalkan konsep menggunakan bahan terbuang dan bahan sedia ada di kelas prasekolah dan yang penting sekali ialah menjimatkan kos.

Tembikar perhiasan itu dah agak uzur dan pecah…jadi saya repair sikit-sikit dan cat semula besi pemegang tembikar tu…selain tembikar, saya menggunakan besen berbentuk segi empat sebagai tempat takungan air…tak perlu beli, ambil semula besen yang telah pembantu saya simpan di dalam stor…

Dari satu sudut di kelas prasekolah, saya transfer 2 pokok mini bonzai ke dalam tandas untuk menceriakan suasana…dan untuk lebih ceria lagi saya ambil pokok hidup yang pembantu saya letakkan di sinki tandas… :-)

Rumput palsu, batu-batu putih dan berwarna warni, dan juga pam air adalah dari aquarium lama yang telah bocor di rumah saya…hanya buat sedikit wiring dari soket elektrik di luar tandas…wayar juga saya ambil dari wayar lama yang tidak digunakan lagi tetapi masih lagi dalam berkeadaan baik..

Jumlah kos kesuluruhan menghasilkan mini kolam ini ialah : RM 0.00 .

INILAH HASILNYA !!!

Jadi, manfaatkanlah bahan-bahan di sekeliling anda dan gunakannya semaksima yang mungkin…Siapa sangka, daripada bahan-bahan terbuang, bahan sedia ada, aquarium yang bocor dan barang-barang yang telah bersawang di dalam stor boleh menghasilkan sebuah kolam mini dan ia tidak memerlukan sebarang kos….Anda juga pasti boleh…

SELAMAT MENCUBA !!!

Share/Save/Bookmark