
Bulan Ramadhan merupakan bulan beribadah di mana semua umat Islam di seluruh dunia menunaikan ibadah puasa setiap tahun.
Bulan Ramadhan juga merupakan bulan yang mulia di mana terjadi dua peristiwa besar di dalamnya iaitu Nuzul Al-Quran dan Lailatul Qadar yang harus diingati dan diketahui umat Islam.
Ibadah-ibadah lain juga sangat dituntut di bulan ini seperti membaca Al-Quran, bersedekah, solat sunat Terawikh, berzikir dan Qiamullail di mana Allah menjanjikan ganjaran pahala berlipat kali ganda.
OBJEKTIF
- Mengingati dan menghayati Hari Nuzul Al-Quran
- Menanamkan minat membaca dan mengamalkan isi Al-Quran.
- Menghayati keagungan dan kebesaran Allah SWT dengan pembacaan ayat-ayat suci Al-Quran.
- Memberikan kesedaran dan keinsafan bahawa ayat-ayat Al-Quran adalah penawar dan santapan rohani dan penghayatannya melahirkan insan yang indah akhlaknya.
p.s : Murid-murid prasekolah juga tidak ketinggalan mengikuti program ini.


