DIARI SEORANG GURU PRASEKOLAH

Perkongsian ilmu dan pengalaman mendidik kanak-kanak

Archive for October, 2009

Belakang dari kiri : Punitha, Fariha, Juliana, En. Zaimi, Salmiah, Suhaila, Norzarilawati, Kasiah dan Azimah.

Depan dari kiri: M.S.Halim, Badma, Anbarasi, Low, Ragayah, Hasnah dan Kamariah.

Tiada dalam gambar : Nismalita (berehat kerana agak sarat mengandung)

Mesyuarat ini diadakan pada :

Tarikh   : 25 - 27  Oktober 2009.

Tempat : Pangkor Coral Bay Resort, Pulau Pangkor.

Tujuan utama mesyuarat ini adalah untuk membincangkan dan menyediakan fail meja untuk guru besar, guru prasekolah dan pembantu pengurusan murid untuk setiap sekolah dan…

Di akhir mesyuarat guru-guru telah mencapai kata sepakat dan dapat menyediakan fail meja tersebut sekaligus objektif mesyuarat tercapai sepenuhnya..Tahniah !!!

p.s : Apakah yang dimaksudkan dengan Fail Meja?

Fail Meja disediakan bagi sesuatu jawatan, di mana ianya mengandungi maklumat lengkap yang membolehkan penyandang jawatan itu menjalankan tugas-tugasnya dengan cekap, bertanggungjawab dan efektif.

Share/Save/Bookmark

Tags:
Oct
28

Sukan Tahunan SKPS 2009

Posted by mshalim

Beginilah wajah-wajah ceria sekitar Hari Sukan Tahunan SK Parit Serong 2009 yang diadakan pada 24 Oktober 2009 bersamaan Hari Sabtu yang lepas …

Murid Prasekolah melibatkan diri sepenuhnya dalam menyumbang mata kepada rumah-rumah sukan dan apa yang paling bermakna, setiap murid prasekolah mendapat hadiah…

Ibu bapa juga tidak ketinggalan dalam mengambil acara yang dipertandingkan untuk ibu bapa..

Apa yang penting, Sukan Tahunan ini berjalan dengan lancar mengikut seperti yang telah dirancangkan dan semua pihak yang terdiri dari guru, murid-murid dan ibu bapa melibatkan diri sepenuhnya dalam Sukan Tahunan kali ini.. Syabas dan Tahniah !!!

Share/Save/Bookmark

Tags:
Oct
23

Latihan Sukan Tahunan 2009

Posted by mshalim

Tanggal 19 - 23 Oktober 2009 merupakan sesi latihan untuk persiapan acara sukan tahunan SK Parit Serong. Ia merupakan acara tahunan pihak sekolah dan Prasekolah juga terlibat sama dalam menjayakan acara yang berprestij ini.. :-) .

Beginilah suasana sekitar hari latihan dijalankan. Semua murid tidak sabar-sabar menanti hari sukan sebenar iaitu pada tarikh 24 Oktober 2009 bersamaan dengan hari Sabtu..

Semua murid memberikan kerjasama dalam menjalani sesi latihan dan raptai penuh. Semua guru juga terlibat dalam membimbing dan memberi tunjuk ajar tentang acara yang dipertandingkan pada hari sukan itu nanti.

Share/Save/Bookmark

Tags:
Oct
17

Hari Deepavali

Posted by mshalim

17 Oktober 2009 adalah cuti umum di Malaysia sempena sambutan Hari Deepavali. Kanak-kanak prasekolah juga bercuti pada hari ini, begitu juga dengan saya :-)

Berikut adalah serba sedikit tentang Hari Deepavali…

Masyarakat Hindu menyalakan pelita sebagai tanda simbolik yang menyatakan kebaikan akan mengatasi kejahatan.

Hari Deepavali (bahasa Hindi: दिपावली , bahasa Tamil: தீபாவளி) juga dikenali sebagai Diwali dan Divali (bahasa Hindi: दीवाली ) merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia.

Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan “Dipa” yang beerti cahaya dan perkataan “Gavali” yang beerti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta cahaya.

Menurut lagenda, Raja Naragasura yang kejam dan selalu memeras rakyatnya, telah dikalahkan dan dibunuh oleh Maha Krishnan. Sebelum mati, Raja Naragasura meminta semua manusia agar mereka merayakan hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada yang mereka yang baik tentang godaan hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi daripada membuat kejahatan sesama manusia.

PERSIAPAN UNTUK HARI DEEPAVALI

Masyarakat India membuat persiapan yang lebih awal seperti membuat kuih-muih, membersihkan rumah dan membeli pakai baru untuk dipakai pada hari tersebut. Muruku, Neiurundai dan Atherasam merupakan kuih-muih tradisional orang India. Tetapi kini, mereka juga membuat biskut dan kek selain makanan tradisional mereka.

Ronggoli Kolam adalah lukisan di atas lantai yang diperbuat daripada beras berwarna. Selain mencantikkan kawasan hadapan rumah, maksud tersirat di sebalik tradisi ini adalah untuk memberi makan kepada serangga-serangga kecil seperti semut.Ini secara tidak langsung menambah pahala si tuan rumah yang membuat Kolam tersebut. Manakala, lampu-lampu pelita pula dinyalakan pada malam Deepavali.

SEHARI SEBELUM DEEPAVALI

Sehari sebelum perayaan Deepavali, orang yang beragama Hindu akan membuat upacara sembayang untuk memanjangkan doa untuk yang telah ‘pergi’ buat selama-lamanya.

Makanan kegemaran yang telah meninggal dunia selalunya disediakan untuk santapan mereka.Makanan tersebut akan dibiarkan seketika dihadapan gambar si mati yang kemudiannya akan di makan oleh anak-anak si mati atau diberi kepada haiwan.

PAGI DEEPAVALI

Pada pagi Deepavali, masyarakat India akan menggunakan minyak bijian sebelum mandi sebagai tanda simbolik untuk menyucikan diri.Selepas itu, mereka sekeluarga akan berpakaian serba baru dan sembayang. Sejurus itu, anak-anak muda digalakkan sujud di kaki ibu bapa atau orang tua dalam rumah mereka untuk meminta restu.

Pada hari Deepavali, mengikut ajaran agama Hindu, masakan yang dimasak mestilah “vegetarian” hanya makanan yang berasaskan sayur-sayuran (daging tidak digalakkan).Tujuannya adalah untuk mengawal nafsu makan mereka pada hari yang bermakna ini.

Share/Save/Bookmark

Tags:
Oct
15

Happy Birthday

Posted by mshalim

Ini ialah rutin bulanan murid prasekolah ini setiap bulan. Setiap bulan kami akan mengadakan sambutan hari jadi untuk mereka yang menyambut ulang tahunnya pada bulan tersebut.

Walaupun kek ini nampak simple tp “don’t judge a book by its cover”. Kek ini memang lazat dan menepati ciri-ciri kek coklat sejati dan dijamin halal. Setakat ini saya hanya membeli kek dari kedai tersebut. Setiap kali sambutan hari jadi ini diadakan, kek coklat gerenti licin. Walaupun perut dah kenyang dengan makanan yang lain tapi kek coklat ini masih boleh licin..cikgu cuma dapat ambil bau je..hahaha..

p.s: Topi harijadi yang dipakai itu adalah hasil buatan mereka sendiri..cuma belum  sempat je nak hias topi-topi itu.. :-) .

Share/Save/Bookmark

Tags:
Oct
12

English Time

Posted by mshalim

Eeh, cikgu baru ke ni ?!

Inilah Teacher Edayu..teacher mengajar Bahasa Inggeris di kelas prasekolah saya. Murid-murid saya memanggilnya dengan nama Teacher Ayu. Beliau mengajar selama 2 jam pada setiap minggu.

Biasanya Teacher akan masuk pada sebelah pagi. Dalam waktu ini, murid-murid akan mempelajari perkataan-perkataan mudah dalam Bahasa Inggeris termasuk membaca dan menulis perkataan tersebut. Dan sekiranya murid telah menguasai kemahiran tersebut, murid akan diberi pula ayat mudah, juga dalam Bahasa Inggeris.

Aktiviti yang disediakan juga kebanyakannya sama dengan Komponen Bahasa Melayu cuma bezanya di sini ialah penggunaan bahasa adalah menggunakan Bahasa Inggeris.

p.s : Next time saya akan import Guru Bahasa Arab pula.. :-)

Share/Save/Bookmark

Tags:
Oct
11

My Hobby !!!

Posted by mshalim

Oh anakku..

Ini ialah antara hobinya. Pantang nampak ayahnya mengadap laptop, pasti dia akan mengadap sama. Kalau duduk diam sahaja ok, ini siap menaip lagi ikut suka dia je..

“Nah ambik..sebijik PC untukmu sayang, siap webcam lagi tuh..Ayah telah sediakan satu sudut dalam ‘office’ di rumah untuk Aina..”

Setiap kali dia ingin ‘mengacau’ saya akan onkan PC dan biarkan dia di hadapan PC..Kadangkala saya onkan webcam untuk dia..”Aina boleh tengok ayah dalam skrin PC, ayah pun boleh tengok Aina dalam skrin laptop”

Begitulah anakku yang ingin ‘menolong’ saya membuat kerja.. :-)

Apakah hobi anak-anak anda pula ?

Share/Save/Bookmark

Tags:
Oct
10

Haiwan Zoo Terlepas !!!

Posted by mshalim

Hah ye ke haiwan zoo terlepas !!!..yang ini apa plk?…hihi..

Sebenarnya ini ialah permainan species belon (kene tiup baru nampak bentuk). Saya rasa anda selalu ada terjumpa permainan seperti ini.

Ini adalah yang masih fresh (belum ditiup lagi). Ada kura-kura, zebra, zirafah dan banyak lagi. Spiderman dan Donald Duck pun ada. Selamat Datang ke Taman Haiwan.. :-) . Tapi kalau nak meniup satu persatu habislah saya. Jadi saya perlukan bantuan dari pembantu saya dan tidak lupa juga pam motosikal.

Terima kasih diucapkan…!

Share/Save/Bookmark

Tags:
Oct
09

Bacalah Dengan Lidahmu !!!

Posted by mshalim

Suatu masa dahulu, murid ini langsung tidak mengenal huruf, tapi kini lihatlah hasilnya..Alhamdulillah berkat dari didikan guru dan penglibatan ibu bapa, akhirnya murid ini telah dapat membaca sampai ke peringkat yang lebih tinggi..dan harapan saya ialah supaya ilmu itu kekal dalam diri dan tidak termasuk dalam statistik KIA 2M pada masa akan datang.

Jadi di sini saya ingin menekankan bahawa penglibatan ibu bapa juga sama pentingnya dengan peranan seorang guru. Di sekolah guru berperanan mendidik dengan sepenuh hati. Manakala di rumah pula ibu bapa perlu memberi bimbingan dalam mewujudkan kesempurnaan proses pembelajaran kanak-kanak itu.

Share/Save/Bookmark

Tags:
Oct
08

Kerja Rumah atau Kerja Sekolah ?

Posted by mshalim

Inilah pemandangan yang saya lihat pada pagi ini sebelum sarapan pagi…

Semalam, saya telah memberikan latihan untuk disiapkan di rumah. Tapi lihatlah sendiri. Mereka menyiapkannya secara berjemaah di sekolah…Nak dimarah, mereka masih budak lagi. Saya cuma senyum je la dan tangkap gambar ni.

Bila saya lihat, mereka telah membuatnya di rumah tetapi ada yang masih belum siap. Jadi mereka siapkan di sekolah. Mereka bertambah seronok apabila membuat kerja secara berjemaah.. :-)

Share/Save/Bookmark

Tags: