
Kanak-kanak merupakan insan yang istimewa bagi mereka yang dapat menjiwai dunia kanak-kanak. Tidakkah anda juga begitu?..
Begitu juga dengan murid-murid ku ini..setiap pagi saya suka perhatikan gelagat mereka dan kadang kala tersenyum sendiri melihat telatah mereka..hihi..
Kelihatan ada yang bersembang, ada yang bermain sesama sendiri dan ada juga yang suka mengacau kawan yang lain..mungkin itulah cara mereka untuk mendapatkan perhatian. Kalau bersembang tu, mereka ada yang bersembang mengenai kartun di tv yang mereka tgk semalam. Contoh macam Kiteretsu, Conan, Spongebob dan banyak lagi..saya x lepaskan peluang untuk tumpang dengar sekali..sebab..
psst..saya juga salah seorang peminat kartun..
bukannya apa, kadang-kadang tu terhibur hati bila tgk adegan kartun yang ditayangkan. Saya percaya anda juga begitu bukan ?! .. Janganla malu dan segan untuk berkongsi kartun apa yang anda minati..
Sila kongsi pengalaman anda !



