
Apakah yang kanak-kanak ini sedang lakukan?
Adakah dia sedang membaca email yang mungkin dihantar oleh rakannya di luar negara?
Sebenarnya murid ini sedang memasukkan password yang betul untuk memulakan operasi komputer itu.
Sejak dari awal lagi saya telah dedahkan kepada murid-murid ini serba sedikit tentang komputer. Setiap hari seorang murid akan bertugas untuk menghidupkan komputer dan sekiranya komputer tersebut tidak digunakan, murid tersebut akan mematikan semula komputer tersebut..mudah bukan ?!..just on and off..that’s all.
Rutin ini nampak mudah, tetapi ia akan membiasakan kanak-kanak ini kepada komputer. Tidak seperti saya, Dulu saya takut kepada komputer. Jadi saya tidak mahu anak murid saya takut kepada komputer dan teknologi yang lain. Ini kerana mereka sekarang berada di zaman teknologi bukannya di zaman batu lagi.



