
Tanggal 19 - 23 Oktober 2009 merupakan sesi latihan untuk persiapan acara sukan tahunan SK Parit Serong. Ia merupakan acara tahunan pihak sekolah dan Prasekolah juga terlibat sama dalam menjayakan acara yang berprestij ini..
.
Beginilah suasana sekitar hari latihan dijalankan. Semua murid tidak sabar-sabar menanti hari sukan sebenar iaitu pada tarikh 24 Oktober 2009 bersamaan dengan hari Sabtu..
Semua murid memberikan kerjasama dalam menjalani sesi latihan dan raptai penuh. Semua guru juga terlibat dalam membimbing dan memberi tunjuk ajar tentang acara yang dipertandingkan pada hari sukan itu nanti.


