DIARI SEORANG GURU PRASEKOLAH

Perkongsian ilmu dan pengalaman mendidik kanak-kanak

Archive for October, 2009

Oct
07

Matematik Itu Mudah

Posted by mshalim

Ada diantara kita menganggap matematik adalah mata pelajaran yang agak susah betul tak?..Jadi mulai saat ini kita hendaklah mengubah mind setting tersebut kepada ‘Matematik itu mudah’.

Ini kerana jika kanak-kanak ini dedahkan oleh ibu bapa mereka bahawa Matematik itu susah, maka kanak-kanak ini pasti tidak akan berminat dengan Matematik dan adakalanya meninggalkan kesan yang negatif sehingga ke peringkat sekolah menengah.

Di kelas saya, saya selalu mengingatkan murid-murid saya bahawa Matematik itu mudah. Contohnya, mereka belajar mengira dengan menggunakan guli selain beberapa bahan lain yang sesuai. Ini dapat menarik minat mereka kepada Matematik kerana ada bahan sampingan yang mereka gemari.

Dulu, ayah saya mengajar saya mengira dengan menggunakan batang aiskrim. Setiap kali makan aiskrim saya akan simpan dan kumpul batangnya sehingga cukup 100 batang. Dari situlah ayah mewujudkan aktiviti Matematik untuk saya. Dan Alhamdulillah ilmu itu melekat pada saya sehingga kini.

Kini, saya upgrade ilmu tersebut dan turunkan kepada anak-anak murid saya. Saya harap murid-murid saya dapat memanfaatkan ilmu yang diberi sepenuhnya.

Apa pendapat anda tentang ‘Matematik itu mudah’ ?. Sila kongsi bersama !!!

Share/Save/Bookmark

Tags:
Oct
06

Hadiah untukmu…

Posted by mshalim

Minggu lepas muridku ada mengikuti pertandingan mewarna yang diadakan oleh pihak sekolah sempena ‘Sambutan Aidilfitri’.

Jadi kanak-kanak ini antara pemenang yang bertuah..Jadi kita sebagai orang yang lebih dewasa dari mereka, janganla kedekut untuk memberikan hadiah kepada mereka. Ini kerana mereka akan merasa dihargai setelah melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti. Pada waktu lain mereka pasti akan berminat untuk menyertai aktiviti tersebut.

Walaupun kita telah dewasa tapi ingatlah suatu masa dahulu, kita juga adalah kanak-kanak seperti mereka..

Share/Save/Bookmark

Tags:
Oct
05

Aktiviti Cuti Sekolah

Posted by mshalim

Inilah wajah puteri kesayanganku..umurnya baru setahun 5 bulan (comel macam ayah dia kan? hihiĀ  :-) )

Setiap kali cuti sekolah, pasti saya pun cuti juga..hihi..jadi saya isi masa lapangku untuk bersama puteri kesayanganku itu..

Biasanya saya dedahkan pelbagai buku yang sesuai dengannya. Saya didik dia dari kecil lagi supaya minat membaca. Setakat ini dia sudah boleh menyebut banyak perkataan mudah antaranya seperti..”ayah, atuk, nenek, jatuh,duduk, cantik, frog, dog, cat” dan banyak lagi..yang terbaru ni dia pandai sebut “adik” dan “baby” hihi..

Begitulah aktiviti saya pada hari cuti dengan membimbing anak untuk membaca buku..Salah satu buku kegemaran dia ialah ‘Kamus Bergambar’. Memang banyak vocabulary di dalamnya dan yang paling menarik minatnya ialah gambar-gambar yang terdapat di dalamnya..Saya begitu seronok menghabiskan masa dengan anak saya..

Anda juga boleh kongsi pengalaman anda bersama anak-anak anda !!

p.s : Anda boleh mendapatkan kamus bergambar tersebut di : http://www.kamusgambar.com/

Share/Save/Bookmark

Tags:
Oct
02

Teknologi Maklumat

Posted by mshalim

Apakah yang kanak-kanak ini sedang lakukan?

Adakah dia sedang membaca email yang mungkin dihantar oleh rakannya di luar negara?

:-) Sebenarnya murid ini sedang memasukkan password yang betul untuk memulakan operasi komputer itu.

Sejak dari awal lagi saya telah dedahkan kepada murid-murid ini serba sedikit tentang komputer. Setiap hari seorang murid akan bertugas untuk menghidupkan komputer dan sekiranya komputer tersebut tidak digunakan, murid tersebut akan mematikan semula komputer tersebut..mudah bukan ?!..just on and off..that’s all.

Rutin ini nampak mudah, tetapi ia akan membiasakan kanak-kanak ini kepada komputer. Tidak seperti saya, Dulu saya takut kepada komputer. Jadi saya tidak mahu anak murid saya takut kepada komputer dan teknologi yang lain. Ini kerana mereka sekarang berada di zaman teknologi bukannya di zaman batu lagi.

Share/Save/Bookmark

Tags:
Oct
02

Permainan Tradisional

Posted by mshalim

Suatu masa dahulu, permainan congkak ini sangat popular samada di kalangan kanak-kanak mahupun orang dewasa.

Untuk mengelakkan permainan tradisional ini daripada luput ditelan zaman, saya telah mewariskan skill dan strategi dalam permainan congkak ini kepada anak-anak murid.

Anda tengokla sendiri. Saya candid gambar, mereka x sedar langsung. Betapa tingginya konsentrasi mereka terhadap permainan congkak ini. Harap-harap dalam pelajaran pun macam tu jugak la.

Jadi tidak salah sekiranya anda ingin mengajar anak-anak anda mengenai sesuatu permainan tradisional. Ini kerana kanak-kanak akan mempelajari banyak perkara melalui konsep belajar melalui bermain.

Apakah permainan tradisional kegemaran anda? kongsi bersama !!

p.s : Guru juga boleh join sekali dengan anak murid :-)

Share/Save/Bookmark

Tags:
Oct
02

Tenaga Pengajar di SK Parit Serong

Posted by mshalim

Belakang dari kanan : Pn. Rosidiah, Pn. Edayu, En. Zaidi, En. Hamidi, En. Rahim, En. Halim dan En. Mazelan.

Tengah dari kanan : Pn. Zamirah, Pn. Habsah, Cik Elia, Pn Zakiah, Pn. Asmilah, Pn Fazlyn, Pn. Noraiha, Pn. Sarimah dan Pn. Muslihah.

Depan dari kanan: En Ramli, En Samad, En. Ngatini, Pn. Zalina, Pn Aminah dan Pn. Ramlah

Beginilah wajah-wajah para pendidik anak bangsa di sekolah saya. Kepada yang masih belum mengenali saya, saya berada di barisan belakang 2 dari kiri (walaupun sederhana kacak tapi manis tetap ada) :-) .

Share/Save/Bookmark

Tags:
Oct
01

Rutin Harian Murid Prasekolah

Posted by mshalim

Kanak-kanak merupakan insan yang istimewa bagi mereka yang dapat menjiwai dunia kanak-kanak. Tidakkah anda juga begitu?..

Begitu juga dengan murid-murid ku ini..setiap pagi saya suka perhatikan gelagat mereka dan kadang kala tersenyum sendiri melihat telatah mereka..hihi..

Kelihatan ada yang bersembang, ada yang bermain sesama sendiri dan ada juga yang suka mengacau kawan yang lain..mungkin itulah cara mereka untuk mendapatkan perhatian. Kalau bersembang tu, mereka ada yang bersembang mengenai kartun di tv yang mereka tgk semalam. Contoh macam Kiteretsu, Conan, Spongebob dan banyak lagi..saya x lepaskan peluang untuk tumpang dengar sekali..sebab..

psst..saya juga salah seorang peminat kartun.. :-) bukannya apa, kadang-kadang tu terhibur hati bila tgk adegan kartun yang ditayangkan. Saya percaya anda juga begitu bukan ?! .. Janganla malu dan segan untuk berkongsi kartun apa yang anda minati..

Sila kongsi pengalaman anda !

Share/Save/Bookmark

Tags:
Oct
01

Daya imaginasi kanak-kanak

Posted by mshalim

Oh anak-anakku !!!

Agaknye apalah yang ada dalam fikiran mereka ni dan apa sebenarnya yang mereka sedang bina.

Alangkah seronoknya kalau saya juga kanak-kanak seperti mereka..Kanak-kanak mempunyai daya imaginasi mereka yang tersendiri dan daya imaginasi mereka melebihi imaginasi orang dewasa..

Contohnya, kanak-kanak mengimaginasi yang mereka boleh terbang tinggi di awan bersama rakan-rakan sedangkan imaginasi kita yang dewasa ini dibatasi dengan logik akal.

Itulah keistimewaan kanak-kanak..Sekiranya dapat diundurkan masa, inginku kembali ke zaman kanak-kanak..

Kongsi apa yang pernah ada dalam imaginasi anda semasa anda kanak-kanak !!!

Share/Save/Bookmark

Tags: