DIARI SEORANG GURU PRASEKOLAH

Perkongsian ilmu dan pengalaman mendidik kanak-kanak

Archive for November, 2009

Nov
27

Hari Raya Aidil Adha 2009

Posted by mshalim

Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Sumber : wikipedia

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua warga Malaysia…

Share/Save/Bookmark

Tags:
Nov
23

Kenangan Abadi Prasekolah 2009

Posted by mshalim

Tanpa disedari kita telah sampai ke penghujung tahun 2009..Rasanya macam baru je saya sambut budak-budak ini masuk ke prasekolah saya..Kini mereka telah selesai menuntut selama setahun di sini..

Sedih ada, gembira pun ada setiap kali hujung tahun macam ni..

Sedih kerana terpaksa berpisah dengan mereka..gembira sebab dapat melihat mereka naik ke tahun satu untuk melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi lagi…

Ku abadikan kenangan ku bersama mereka di dalam potret ini..

Semoga Berjaya anak-anakku sekalian…

Share/Save/Bookmark

Tags:
Nov
20

UPSR Cemerlang

Posted by mshalim

Pada hari yang sama dengan Hari Kecemerlangan, kami telah dikhabarkan dengan berita gembira iaitu keputusan UPSR.

Daripada 48 orang calon yang menduduki UPSR, 7 daripadanya telah mendapat keputusan 5A dalam UPSR baru-baru ini.

Secara x langsung, saya jadi jurugambar terhormat shoot picture dieorang ni bergambar dengan ibu bapa masing-masing… Smile !!! :-)

Share/Save/Bookmark

Tags:

Hari Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Parit Serong diadakan pada 19 November 2009..

Event ini diadakan bagi memberi penghargaan kepada murid-murid yang mempunyai prestasi yang cemerlang dan mengharumkan nama sekolah.

Murid Prasekolah diberi penghargaan pada hari ini kerana telah mengikuti kelas prasekolah sepanjang tahun 2009. Murid di atas adalah sebahagian murid-murid saya dan tahun ini saya dikurniakan sepasang murid kembar…

agaknya bila lagi ye dapat murid kembar mcm ni.. :-)

Pada hari ini, murid prasekolah diberi penghormatan untuk membuat persembahan dan ini gambar ketika mereka bersiap sedia untuk membuat persembahan.

So how ?!..cute x budak2 ni ?? .. :-)

Share/Save/Bookmark

Tags:
Nov
17

Persiapan untuk Hari Kecemerlangan 2009

Posted by mshalim

Hari Kecemerlangan SK Parit Serong 2009 bakal menjelang tidak lama lagi..

Majlis Konvokesyen untuk murid Prasekolah juga diadakan sekali dengan majlis tersebut.

Segala persiapan telah dilakukan untuk sempena hari yang bersejarah itu. Antaranya ialah menyediakan sijil, pakaian, pelbagai hadiah dan lain-lain persiapan.

Antara hadiah yang diberikan untuk semua murid prasekolah ialah Sijil Pengijtirafan, set alat tulis, pensel warna, jam tangan dan beg sekolah. Set alat tulis, pensel warna dan jam tangan saya sediakan di dalam beg ready made yang berwarna merah itu..any comment ?!..

Share/Save/Bookmark

Tags:

Dari kiri : Hidayat, M.S.Halim, Ahriza dan Nora Liza.


Tajuk      : Kursus Penggunaan ICT Dalam Kelas Prasekolah.

Tarikh    : 10 - 13 November 2009.

Tempat  : Hotel Brisdale, Kuala Lumpur.

Kami berempat adalah wakil guru Prasekolah dari Daerah Kuala Selangor bersama dengan guru-guru Prasekolah daerah lain Negeri Selangor menyertai kursus ini yang berlangsung selama 4 hari.

Kursus ini dikendalikan oleh jurulatih utama yang telah mendapat pengiktirafan sendiri dari Microsoft. Selama 4 hari ini beliau berkongsi ilmu dan pengalaman menggunakan 4 perisian Microsoft dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Dan kini, guru prasekolah digalakkan menggunakan perisian-perisian tersebut untuk membina bahan dan mengaplikasikannya dalam kelas prasekolah supaya pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan murid prasekolah akan lebih berminat mempelajari sesuatu di dalam kelas.

4 perisian tersebut adalah Microsoft Word, Publisher, Excell dan Power Point. Kami mendapati perisian-perisian ini mempunyai banyak fungsi yang sangat sesuai diaplikasikan di dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas prasekolah.

Terima kasih diucapkan kepada Jabatan Pelajaran Negeri Selangor kerana menganjurkan kursus seperti ini. Diharap kursus seperti ini dapat dianjurkan lagi…

Share/Save/Bookmark

Tags:
Nov
05

Kursus Olahraga Untuk Guru Prasekolah

Posted by mshalim

Dari kiri : M.S.Halim, Fariha, Low, Ragayah, Kasiah, Juliana, Kamariah dan Anbarasi.

Kursus ini diadakan pada :

Tarikh    : 3 - 4 Oktober 2009.

Tempat  : De Palma, Shah Alam / Panasonic Sport Complex.

Kursus ini adalah anjuran Pejabat Pelajaran Negeri Selangor. Kursus ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada guru-guru prasekolah Negeri Selangor mengenai konsep multilateral di dalam olahraga dengan memperkenalkan KID’S ATHLETIC.

Ia menjurus kepada mewujudkan keseronokan dan motivasi diri kanak-kanak dalam mengikuti acara yang dipertandingkan dalam temasya sukan prasekolah.

Kursus ini juga menguji daya ketahanan fizikal dan mental guru-guru prasekolah sebagai persediaan sebelum menurunkan ilmu pada murid-murid prasekolah.

Share/Save/Bookmark

Tags: