DIARI SEORANG GURU PRASEKOLAH

Perkongsian ilmu dan pengalaman mendidik kanak-kanak

Archive for December, 2009

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan menyediakan peluang kepada kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun untuk mencapai objektif dalam aspek jasmani, emosi, sosial, intelek dan rohani seperti berikut :

1- Membina kecergasan badan.

2- Mempunyai tubuh badan yang sihat.

3- Mempraktikkan amalan kesihatan yang baik.

4- Mempraktikkan langkah-langkah menjaga keselamatan diri.

5- Menguasai kemahiran motor halus dan asas motor kasar.

6- Mempunyai kematangan emosi.

7- Mempunyai konsep kendiri yang positif dan jati diri.

8- Berani menyuarakan pandangan dan perasaan.

9- Berkebolehan berinteraksi dengan orang lain

10- Boleh bekerja secara bersendirian dan juga bekerja secara berkumpulan.

11- Menghormati perasaan serta hak orang lain dan seterusnya membentuk perhubungan yang positif dengan orang dewasa dan rakan sebaya.

12- Mengamalkan nilai-nilai murni.

13- Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam.

14- Berkomunikasi menggunakan Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan bahasa penghantar dalam konteks kehidupan harian.

15- Meneroka persekitaran menggunakan kemahiran proses sains asas.

16- Menggunakan kemahiran matematik asas dalam menjalankan tugasan harian dan menyelesaikan masalah.

17- Menggunakan kemahiran berfikir kritis, kreatif dan inovatif dalampembelajaran dan kehidupan seharian.

18- Mengembangkan daya kreatif dan estetika.

19- Menghargai keindahan alam dan warisan budaya.

Sumber : Kementerian Pelajaran Malaysia

Share/Save/Bookmark

Tags:

Pendidikan prasekolah bertujuan memeperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yangmenyeronokkan, kreatif dan bermakna.

Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak.

Sumber : Kementerian Pelajaran Malaysia

Share/Save/Bookmark

Tags:
Dec
08

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Posted by mshalim

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Sumber : Kementerian Pelajaran Malaysia

Share/Save/Bookmark

Tags:
Dec
08

Konsep Pendidikan Prasekolah

Posted by mshalim

Merupakan pendidikan yang tidak formal dan fleksibel. Kaedah pembelajaran dan pengajarannya menggunakan pendekatan belajar melalui bermain. Aktiviti yang dirancang menitikberatkan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang. Di samping menekankan aktiviti yang boleh merangsang naluri ingin tahu, mengukuhkan koordinasi motor kasar dan halus, menggunakan daya kreatif, memupuk semangat bekerjasama, sifat hormat menghormati dan berdisiplin bagi menyediakan mereka mengikuti pembelajaran dan pengajaran yang lebih formal di sekolah rendah.

Sumber : Kementerian Pelajaran Malaysia

Share/Save/Bookmark

Tags:
Dec
08

Matlamat Pendidikan Prasekolah

Posted by mshalim

Pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.

Sumber : Kementerian Pelajaran Malaysia

Share/Save/Bookmark

Tags:

Tajuk     : Kursus Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)

Tarikh   : 1 - 4 Disember 2009

Tempat : Puteri Bayu Beach Resort, Pulau Pangkor.

Kursus ini diadakan bagi memberi orentasi mengenai perubahan Kurikulum Prasekolah yang sedia ada kepada Kurikulum baru yang lebih fleksibel.

Daerah Kuala Selangor antara daerah yang mengikuti kursus ini dan gambar di atas adalah wajah-wajah antara guru prasekolah Daerah Kuala Selangor.

Diharapkan kursus ini dapat membantu guru dalam merancang dan mendidik murid-murid prasekolah dengan lebih baik di masa akan datang..

Share/Save/Bookmark

Tags: