DIARI SEORANG GURU PRASEKOLAH

Perkongsian ilmu dan pengalaman mendidik kanak-kanak

Archive for March 24th, 2010

Mar
24

GEMPAR !!!… Pesawat Terhempas

Posted by mshalim

Hari ini kami digemparkan oleh sebuah pesawat ringan terhempas di kawasan sawah padi berhampiran dengan kawasan sekolah. Kejadian berlaku pada lebih kurang pukul 4 petang. Pesawat ini dipercayai dalam penerbangan dari Ipoh ke Kapar…

Beginilah keadaan pesawat malang ini selepas terhempas. Mengikut saksi yang telah menyaksikan kejadian itu, pesawat ini telah membuat pendaratan cemas di kawasan sawah padi dan terbalik selepas melanggar sempadan antara sawah.

Alhamdulillah, juruterbang pesawat ini tidak mengalami kecederaan yang serius dan dikejarkan ke Hospital Tanjung Karang untuk menerima rawatan lanjut.

Share/Save/Bookmark

Tags: