DIARI SEORANG GURU PRASEKOLAH

Perkongsian ilmu dan pengalaman mendidik kanak-kanak

Archive for April, 2010

Gambar ini diambil sekitar pukul 2 pagi pada hari sabtu yang lepas lokasinya di Kg. Melayu Subang…Saja gatal kaki nk jalan ke rumah kakak n tidur kt sana…hujan lebat selama lebih kurang 1 jam sudah cukup untuk membanjiri sekitar kawasan kediaman…nasib baik kami sedar waktu tu..kalau tidak, dah tentu kami tidur dihanyutkan air…hihi…dan nasib baik juga kudaku (kereta) dapat di selamatkan…kalau tidak berjalan kaki la saya untuk balik…

ooo lupa pulak…ape kaitannya pula dengan hari jadi ???….

hihi…bukannya apa…keesokan harinya kami menyambut hari jadi anak-anak buah dalam keadaan rumah yang baru dilanda banjir dan masih belum siap dikemas lagi sepenuhnya…haa…ini gambarnya…comel kan budak-budak ni…?!

Apapun…Selamat Hari Jadi untuk anak-anak buah ku…Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki…

Share/Save/Bookmark

Apr
22

CELCOM Broadband VS MAXIS Broadband !!!

Posted by mshalim

Setelah sekian lama, baru hari ini berpeluang untuk membandingkan dan membuat eksperimen ke atas dua perkhidmatan broadband yang disediakan oleh dua syarikat telekomunikasi ini iaitu CELCOM dan MAXIS. Sebelum ini saya adalah pengguna CELCOM broadband dan telah menggunakannya selama 2 tahun. Kini saya baru mendaftar sebagai pengguna MAXIS Broadband Saya test kelajuan kedua2-dua broadband di kawasan yang mempunyai 3G dan berikut adalah hasil eksperimen yang saya lakukan :

Ini ialah result CELCOM Broadband pakej RM 68 setiap bulan. Lihat kelajuan download dan upload di dalam gambar yang telah saya tandakan dengan bulatan berwarna merah.

Download speed = 0.29 Mb/s

Upload speed = 0.05 Mb/s


Ini pula adalah result MAXIS Broadband juga  pakej RM 68 setiap bulan. Lihat kelajuan download dan upload di dalam gambar yang telah saya tandakan dengan bulatan berwarna merah.

Download speed = 1.90 Mb/s

Upload speed = 0.12 Mb/s

Itulah hasil eksperimen yang saya jalankan untuk kedua2 broadband syarikat telekomunikasi ini..Jadi terpulang pada anda untuk membuat bandingan dan memilih yang mana satu adalah terbaik..

p/s: Anda juga boleh menguji kelajuan internet anda di speedtest.net

Share/Save/Bookmark

Tags:

Kami guru prasekolah Daerah Kuala Selangor yang dipilih seramai 45 orang telah mengadakan lawatan ke Prasekolah SK Seri Langat di Banting, Selangor pada 9 April 2010.

Berikut adalah antara yang telah kami perolehi sepanjang lawatan :

PENGENALAN

Pendidikan prasekolah ditubuhkan di SK Sri Langat bertujuan untuk mendedahkan dunia persekolahan kepada kanak-kanak yang berusia seawal usia 5 tahun.

Pengalaman Prasekolah yang berkesan, bermakna dan menggembirakan dapat membekalkan kanak-kanak dengan kemahiran, keyakinan diri dan bersikap positif sebagai persediaan untuk memasuki alam persekolahan formal dan pendidikan sepanjang hayat.

Berbekalkan pendidikan prasekolah, diharap dapat melahirkan murid yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, berkeyakinan diri, berdaya maju, gigih, tekun, sihat, cergas serta kreatif dan ekspresif.

LATAR BELAKANG PRASEKOLAH

Penubuhan prasekolah SK Sri Langat adalah di bawah Program Perluasan Prasekolah 2003 Negeri Selangor. Prasekolah ini telah dibuka pada 6 Januari 2003 dan mempunyai 2 kelas iaitu Kelas Ixora dan Kelas Hibiscus.

Kelas-kelas ini asalnya adalah kelas Tahun 4 dan telah diubahsuai dan diberi sentuhan bersesuaian dengan suasana prasekolah. Selain daripada kelas untuk pengajaran dan pembelajaran, disediakan juga sebuah dapur untuk dikongsi bersama serta tandas yang berasingan antara kelas bagi mewujudkan keselesaan, seterusnya kebajikan murid-murid terjaga.

Di luar kelas prasekolah, telah ditempatkan sebuah taman permainan yang mempunyai pondok kanak-kanak, buaian, papan gelongsor dan setara dengan taman permainan kebiasaannya.

Pada tahun 2007 telah dibina sebuah stor berhampiran tempat mengambil wuduk kelas Ixora bagi memudahkan penyimpanan barangan dan ABM prasekolah. Pada 2009 pula, kaki lima prasekolah telah dibesarkan dan dinaik taraf untuk keselesaan murid-murid prasekolah melakukan aktiviti.

Bilangan murid prasekolah yang  sepatutnya bagi kedua-dua kelas adalah seramai 50 orang sahaja. Hanya kanak-kanak bertaraf warganegara Malaysia yang layak mengikuti pembelajaran di kelas prasekolah.

Guru Prasekolah merupakan guru terlatih Opsyen Pendidikan Prasekolah dan mempunyai kursus khusus Pendidikan Prasekolah dari Maktab Perguruan dan memiliki Diploma Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia. Di samping itu, guru-guru prasekolah di bawah KPM sentiasa diberi pendedahan dan kursus untuk meningkatkan lagi taraf profesionalisme mereka sebagai guru prasekolah yang mantap.

Pembantu Pengurusan Murid (PPM) adalah lantikan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan telah diberi pendedahan tentang tugas-tugas sebagai pembantu prasekolah. PPM juga telah diberi suntikan sebagai syarat untuk menyediakan makanan kepada murid.

Semua ini adalah usaha dan keprihatinan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melahirkan anak didik prasekolah yang cemerlang, gemilang dan terbilang sebagai pewaris Negara yang mampu menyahut cabaran pemimpin negara dalam era globalisasi pada masa hadapan.

GALERI


Share/Save/Bookmark

Tags: