DIARI SEORANG GURU PRASEKOLAH

Perkongsian ilmu dan pengalaman mendidik kanak-kanak

Archive for May, 2010

Untuk makluman tuan/ puan, butiran cuti adalah seperti berikut :

1- CUTI HARI WESAK : 28 Mei 2010 (Jumaat) dan bersekolah semula pada 31 Mei 2010 (Isnin)

2- CUTI PENGGAL PERTAMA : Bermula pada 5 Jun 2010 (Sabtu) hingga 20 Jun 2010 (Ahad) dan bersekolah semula pada 21 Jun 2010 (Isnin).

Keperihatinan dan kerjasama daripada pihak tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Share/Save/Bookmark

Tags:
May
21

Origami : Asas Lipatan

Posted by mshalim

BAGAIMANA MEMBENTUK LIPATAN YANG BAIK

Apabila mempelajari origami, adalah penting untuk membentuk garisan kesan lipatan yang baik.

Lipatan yang baik

1- Pastikan bucu-bucu ditemukan dengan tepat

2- Pastikan bucu dan sisi ditemukan dengan kemas

Cara yang betul untuk mendapatkan garisan kesan lipatan.

1- Selepas dilipat, gunakan ibu jari untuk menekan kertas dari tengah, ke kanan dan ke kiri.

2- Untuk mendapatkan kesan lipatan yang lebih tajam, gunakan kuku ibu jari untuk menekan di bahagian lipatan.

Ini pula aktiviti yang saya jalankan baru-baru ini…kanak-kanak ini mempelajari asas lipatan origami untuk memudahkan mereka melakukan aktiviti origami seterusnya pada masa akan datang.

Share/Save/Bookmark

Tags:
May
20

lagu GURU MALAYSIA

Posted by mshalim

Kami guru Malaysia

Berikrar dan berjanji

Mendidik dan memimpin

Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka

Kami tumpahkan setia

Rukun Negara kita

Panduan hidup kami semua

c/o  Di bidang Pembangunan

Kami tetap bersama

Membantu membina

Negara yang tercinta

Amanah yang diberi

Kami tak persiakan

Apa yang kami janji

Tunai tetap kami tunaikan

Share/Save/Bookmark

Tags:
May
19

Ikrar Guru

Posted by mshalim

Bahawasanya kami, guru-guru Malaysia dengan ini berikrar ;

Mendukung terus cita-cita kami

Terhadap tugas kami

Dan menyatakan keyakinan kami

Pada cita-cita murni pekerjaan kami

Kami akan berbakti

Kepada msyarakat dan negara kami

Kami sentiasa menjunjung

Perlembagaan Negara

Kami mengamalkan

Prinsip-prinsip Rukunegara

pada setiap masa.

Share/Save/Bookmark

Tags:
May
18

Hari Guru Peringkat Sekolah 2010

Posted by mshalim

SK Parit Serong telah mengadakan Sambutan Hari Guru peringkat sekolah pada 17 Mei 2010 yang lepas bersamaan dengan hari Isnin. Sambutan berjalan dengan lancar dan cuaca juga baik pada hari tersebut.

Semua guru terlibat dalam sambutan tersebut termasuklah saya selaku guru prasekolah…Pelbagai aktiviti telah dijalankan, antaranya ialah :

- Bacaan ikrar

- Nyanyian

- Sukaneka

- Jamuan dan acara memotong kek

- Persembahan murid

- Acara untuk guru dan bertukar hadiah

- Penyampaian hadiah.

Acara bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir tepat jam 1.00 petang. Sebagai kenangan, telah ku uploadkan gambar-gambar ini untuk tatapan semua…dan kepada semua warga pendidik tak kira dimana anda berada, kucapkan…..

SELAMAT HARI GURU !!!

Acara memotong kek

Sukaneka…menyusun tin…kumpulan kami menjadi JOHAN !!!

Ini pula acara untuk guru…lukis dan guru yang lain meneka…kumpulan saya juga yang menjadi johan…hihi

Bergambar bersama dengan antara hadiah yang dimenangi…nk buat ape ye dengan hadiah ni ???

Share/Save/Bookmark

Tags:
May
16

Gotong Royong Kelas Prasekolah

Posted by mshalim

Seperti yang telah dipersetujui dalam mesyuarat baru-baru ini, gotong royong untuk menaik taraf kelas prasekolah telah diadakan pada 15 Mei 2010 bersamaan dengan hari Sabtu yang lepas bermula dari pukul 8.00 pagi hingga pukul 12.oo tengah hari.

Gotong royong ini melibatkan ibu bapa / penjaga murid prasekolah sesi 2010 bersama dengan guru prasekolah dan pembantu pengurusan murid.

Alhamdulilah sambutan dari ibu bapa menggalakkan dan aktiviti gotong royong ini berjalan dengan lancar. Antara aktiviti yang dijalankan ialah mengecat bahagian dalam kelas prasekolah, membalut meja dan pelbagai aktiviti lain.

Dalam kesibukan, ini ialah beberapa aksi yang sempat saya candid…

Kaum ibu bertungkus lumus membalut semua meja yang ada di dalam kelas prasekolah ini.

(Tiada gambar) Kaum bapa mengecat dinding prasekolah

Ini pula ustaz yang juga guru damping Pendidikan Islam di kelas saya sibuk mengecat dinding bersama dengan kaum bapa yang lain…

Untuk makluman, masih ada banyak lagi kawasan di dalam kelas prasekolah yang perlu dicantikkan lagi…jadi…kami memerlukan bantuan dari anda semua…marilah datang beramai-ramai !!! …. : - )

Share/Save/Bookmark

Tags:

Salam kepada semua ibu/ bapa/ penjaga

murid prasekolah Sekolah Kebangsaan Parit Serong,

Merujuk kepada surat bertarikh 10 Mei 2010, berkenaan dengan mesyuarat persediaan gotong royong kelas prasekolah, dukacita dimaklumkan terdapat sedikit perubahan pada mesyuarat tersebut dan akan dipinda kepada butiran yang berikut :

Tarikh : 14 Mei 2010 ( Jumaat ).

Masa : 11.15 pagi.

Tempat : Kelas Prasekolah SK Parit Serong.

Pindaan ini adalah kerana terdapat urusan rasmi lain yang tidak dapat dielakkan dan ini menyebabkan pindaan terpaksa dilakukan.

Diharap semua ibu/ bapa/ penjaga murid prasekolah SK Parit Serong sesi 2010 maklum tentang perkara ini dan diminta agar pihak tuan/ puan dapat hadir pada tarikh, masa dan tempat yang telah ditetapkan.

Sebarang kesulitan amat dikesali dan kerjasama dari pihak tuan amatlah kami hargai.

Sekian, terima kasih

p/s : Surat telah diedarkan dan sekiranya terdapat sebarang kemusykilan dan pertanyaan, SILA KLIK DI SINI…

Share/Save/Bookmark

Tags:

Salam kepada semua ibu/ bapa/ penjaga

murid prasekolah Sekolah Kebangsaan Parit Serong,

Dengan segala hormatnya, sukacita dimaklumkan bahawa tuan/ puan dijemput untuk menghadiri mesyuarat antara ibu bapa dan guru prasekolah yang akan membincangkan persiapan untuk mengadakan gotong royong kelas prasekolah. Mesyuarat ini akan diadakan pada butiran yang berikut :

Tarikh : 13 Mei 2010 ( Khamis ).

Masa : 11.15 pagi.

Tempat : Kelas Prasekolah SK Parit Serong.

Untuk makluman, perjumpaan ini melibatkan guru prasekolah dengan semua ibu bapa / penjaga murid prasekolah SK Parit Serong sesi 2010 dan kehadiran tuan/ puan adalah diwajibkan. Sehubungan dengan itu, diminta agar tuan/ puan dapat hadir pada tarikh, masa dan tempat yang telah ditetapkan.

Sekian, terima kasih.

p/s : Surat telah diedarkan dan sekiranya terdapat sebarang kemusykilan dan pertanyaan, SILA KLIK DI SINI…

Share/Save/Bookmark

Tags:
May
04

Tanyalah Ustaz…Versi Prasekolah :-)

Posted by mshalim

“Melentur buluh biarlah dari rebungnya”

Seperti yang kita ketahui sebagai umat Islam, Solat lima waktu adalah wajib dan terdapat dalam lima Rukun Islam…Ramai di antara kita mengambil mudah perkara ini ramai juga yang terus meninggalkan solat…Nauzubillah…

“Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar”

Jadi…di kelas prasekolah saya ini terdapat 2 jam seminggu diperuntukkan untuk Pendidikan Islam…Selama 2 jam ini, kelas dikendalikan oleh guru damping iaitu Ustaz Mohd Hamidi b. Asnam…Solat 5 waktu adalah perkara yang wajib dipelajari dalam subjek Pendidikan Islam ini.

Murid-murid ini akan mempelajari dari cara-cara mengambil wuduk dengan betul, kemudian cara solat yang betul dan diikuti oleh bacaan di dalam solat seperti Al-Fatihah dan ayat-ayat lazim di samping mempelajari doa selepas solat

Harapan kami sebagai pendidik semoga kanak-kanak ini menunaikan solat lima waktu ini di rumah dengan sempurna tanpa meninggalkan walau satu waktu sekalipun..

Share/Save/Bookmark

Tags: