DIARI SEORANG GURU PRASEKOLAH

Perkongsian ilmu dan pengalaman mendidik kanak-kanak

Archive for July, 2010

Jul
22

DO IT YOURSELF - Membuat Lempeng

Posted by mshalim

Bertemu kita dalam siri DO IT YOURSELF iaitu membuat lempeng

bagi mereka yang masih belum mengenali apa itu lempeng, lempeng ialah sejenis makanan yang berasaskan tepung…terdapat beberapa jenis lempeng antaranya ialah lempeng pisang dan lempeng tepung….

Untuk siri kita pada kali ini ialah lempeng tepung dan di sini kita dapat lihat murid prasekolah membuat sendiri lempeng tepung di bawah pengawasan guru dan pembantu pengurusan murid…

LANGKAH 1 :

Untuk permulaan dan juga sebagai set induksi, murid-murid akan diberikan taklimat dan demo bagaimana menghasilkan lempeng tepung yang lazat…pada langkah pertama ini apa yang penting ialah tumpuan murid sepenuhnya supaya murid tidak mengalami masalah ketika proses penghasilan nanti…

LANGKAH 2 :

Ok murid-murid, sekarang giliran kamu pula untuk membuat lempeng…hihi…letakkan 3 sudu tepung dalam mangkuk yang telah diberi…pastikan tiada tepung yang jatuh keluar…

LANGKAH 3 :

Letakkan pula garam pada tepung itu dengan secukup rasa…lebih kurang setengah sudu kecil…

LANGKAH 4 :

ok sekarang, letakkan pula air secukupnya pada tepung di dalam mangkuk itu…Ingat ye murid-murid, air ini adalah untuk membuat lempeng bukannya untuk simbah kawan….

LANGKAH 5 :

Sekarang, kacau adunan tepung, garam dan air tadi dengan sebati…pastikan adun hingga sebati

LANGKAH 6 :

Dan sekarang tiba masa untuk kita mula memasak tapi sebelum itu sila pastikan anak-anak murid anda berada dalam kawalan anda sepenuhnya ini bagi menjamin keselamatan dan secara langsung dapat meningkatkan keberkesanan proses pembelajaran mereka…

Mulakan dengan memanaskan kuali dan meratakan minyak masak pada kuali tersebut…Ini bagi mengelakkan lempeng melekat terus pada kuali.

LANGKAH 7 :

Kemudian masukkan adunan tepung yang telah sebati tadi ke dalam kuali…jangan masukkan adunan itu secara berlebihan atau terlalu kurang kerana ini akan menjejaskan kualiti dan kelazatan lempeng itu nanti

LANGKAH 8 :

Ratakan tepung itu tadi pada kuali mengikut bentuk lempeng yang dikehendaki..kebiasaannya bentuk lempeng adalah bulat.. :-)

LANGKAH 9 :

Setelah dibiarkan beberapa ketika di dalam kuali, lempeng tersebut hendaklah diterbalikkan supaya kedua-dua bahagian lempeng iaitu bahagian atas dan bawah lempeng benar-benar masak.

LANGKAH 10 :

Lempeng itu tadi telah masak dan sedia untuk dikeluarkan dari dalan kuali ke pinggan…Berhati-hati ketika mengangkat lempeng tu ye kerana dikhuatiri lempeng itu terbang ke tempat lain pula…hihi.

LANGKAH 11 :

Letakkan lempeng itu di pinggan dengan berhati-hati…

LANGKAH 12 :

Siap !!! … beginilah keadaan lempeng tepung yang telah masak ye puan-puan dan sedia untuk dimakan.

LANGKAH 13 :

Langkah ini ialah langkah terakhir iaitu memakan lempeng tepung beramai-ramai dan cicah dengan sambal special yang ditempah khas.

Lempeng tepung ini boleh juga dimakan dengan gula…

SELAMAT MENCUBA !!!

Share/Save/Bookmark

Tags:
Jul
07

Membuat Topeng

Posted by mshalim

Ini pula salah satu aktiviti untuk kanak-kanak pada hari ini….Membuat topeng Ultraman…Seperti yang kita ketahui watak Ultraman begitu glamour dan boleh dikatakan hampir semua kanak-kanak mengenali Ultraman….

Pada awalnya memang nak buat topeng ultraman tapi macam lain sikit je hihi…its ok, try again…

Yang penting anak-anak murid saya enjoy dalam menjalani aktiviti ini…Ia mudah sahaja sesaiapa pun boleh buat pada bila-bila masa…

1- Lakar gambar topeng tersebut dan kemudian scan n print terus pada kad manila.

2- Murid mewarna topeng mengikut kreativiti sendiri.

3- Murid memotong topeng tersebut dari kad manila mengikut garisan yang telah ditetapkan.

4- Buatkan lubang untuk mata dan hidung bagi memudahkan murid melihat dan bernafas semasa memakai topeng tersebut.

5- Akhir sekali gunakan gelang getah untuk mengikat topeng pada telinga.

SIAP !!!

Lihatlah hasilnya…mudah dan menjimatkan…tidak perlu pergi ke kedai untuk membeli topeng kerana kualiti topeng buatan sendiri ini juga sama seperti di kedai…

SELAMAT MENCUBA !!!

p/s : Jom kita fikirkan apakah watak seterusnya untuk topeng yang akan datang..

Share/Save/Bookmark

Tags: