Terdapat satu tunjang dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan iaitu Tunjang Fizikal dan Estetika :
(PFK 1.1.12) Menggunakan jari untuk menjentik.
Standard pembelajaran ini memberi satu lagi idea salah satu langkah memelihara alam sekitar dengan mengitar semula rak buku di dinding bilik guru yang tidak digunakan lagi menjadi meja carrom.
Carrom merupakan satu permainan yang memerlukan kite menggunakan jari untuk menjentik. Jadi amatlah sesuai untuk kita melatih kanak-kanak ini menjentik melalui permainan carrom.

Apa yang hanya saya pelu lakukan ialah terbalikkan rak itu, buatkan kaki untuk meja itu, kemudian cat dan balut bahagian atas meja itu dan….
SIAP !!!….

Satu lagi hasil yang dapat memelihara alam sekitar…diharap anak-anak muridku dapat memanfaatkan meja carrom ini sepenuhnya kerana peluang seperti ini mungkin hanya boleh didapati di prasekolah sahaja…







