DIARI SEORANG GURU PRASEKOLAH

Perkongsian ilmu dan pengalaman mendidik kanak-kanak

Archive for November, 2011

Seramai 80 orang Pembantu Pengurusan Murid dan beberapa orang Guru Prasekolah dari Daerah Kuala Selangor telah mengadakan lawatan ke kelas Prasekolah SK Lanchang di daerah Temerloh, Pahang. Ini juga merupakan aktiviti tahunan Pembantu Pengurusan Murid.

Kelas Prasekolah SK Lanchang telah dibuka pada tahun 2008 dan sehingga kini hanya mempunyai sebuah kelas sahaja. Terdiri daripada seorang guru dan seorang Pembantu Pengurusan Murid serta 25 orang murid prasekolah.

Kelas prasekolah ini mempunyai ruang pembelajaran pada bahagian hadapan dan ruang dapur dan tandas yang luas dan selesa. Ia juga mempunyai pelbagai jenis permainan di taman permainan. Berikut ialah sedikit sebanyak hasil lawatan yang ingin dikongsikan :

Taklimat dari Guru Prasekolah, Guru Besar dan PPD Prasekolah Daerah Kuala Selangor.

Penyampaian Cenderahati kepada Pihak Sekolah dan Guru Prasekolah SK Lanchang

Aktiviti seterusnya dan yang ditunggu-tunggu ialah melawat kelas Prasekolah SK Lanchang :

Di penghujung lawatan kami disajikan dengan jamuan makan yang menyelerakan

Tahniah kepada Prasekolah SK Lanchang !!!

Jutaaan terima kasih diucapkan kepada pihak Sekolah Kebangsaan Lanchang di atas kerjasama yang diberikan dalam menerima kunjungan kami…

SELAMAT MAJU JAYA !!!

Share/Save/Bookmark

Tags:

Pada 14 November 2011 (Isnin), guru-guru prasekolah Daerah Kuala Selangor seramai 80 orang telah mengadakan lawatan penanda aras ke Prasekolah SK RTB Bukit Changgang…aktiviti ini adalah aktiviti tahunan iaitu mengadakan lawatan penanda aras ke kelas prasekolah terpilih.

Prasekolah SK RTB Bukit Changgang telah mula dibuka pada tahun 2005 iaitu kelas Prasekolah Rajin. Kemudian dua buah kelas prasekolah dibuka pada tahun 2008 iaitu kelas Prasekolah Tekun dan Bijak. Dua buah kelas Prasekolah lagi akan dibuka pada tahun 2012 dan akan menjadikan jumlah keseluruhan adalah lima buah kelas Prasekolah.

Kelas Prasekolah Rajin terletak berhampiran dengan Dewan Terbuka sekolah manakala kelas Prasekolah Tekun dan Bijak mempunyai bangunan sendiri yang terletak mengadap padang sekolah. Kemudahan yang disediakan di kelas Prasekolah meliputi ruang pembelajaran, sebuah dapur, ruang makan, bilik air, stor serta taman permainan.

Murid Prasekolah terdiri daripada penduduk sekitar kawasan sekolah yang berumur 5 hingga 6 tahun. Tenaga pengajar di prasekolah merupakan guru opsyen Pendidikan Prasekolah dari Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia. Manakala Pembantu Pengurusan Murid yang terlatih dan berpengalaman membantu guru dalam pengurusan PnP dan kelas telah diberikan kursus serta latihan dalam bidang tugas mereka.

Ketibaan kami disambut dengan mesra dan setiap guru akan diiringi dengan seorang murid prasekolah yang siap memakai pelbagai jenis pakaian yang cantik.

Murid-murid prasekolah bersiap sedia untuk membuat persembahan

Persembahan mantap dari murid-murid prasekolah setiap kelas

Kelas Prasekolah

Penyampaian Cenderahati

Jamuan makan yang lazat disajikan kepada para tetamu

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diberikan kepada pihak sekolah SK RTB Bukit Changgang dan PPD Kuala Langat di atas kesudian menerima kunjungan kami…

SELAMAT MAJU JAYA !!!

Share/Save/Bookmark

Tags:
Nov
15

Pentas Prasekolah

Posted by mshalim

Salam untuk semua….

Kali ini merupakan perkongsian idea mengenai satu benda yang telah telah saya hasilkan daripada bahan terbuang di belakang sekolah. Meja murid yang sudah tidak digunakan lagi dan menunggu masa untuk dilupuskan…

Mula-mula sekali potong kaki meja itu mengikut ukuran ketinggian pentas yang dikehendaki dan bersesuaian dengan kanak-kanak prasekolah.

Meja murid yang kelihatan uzur dan kelihatan seperti tidak kukuh.

Bahagian atas atau permukaan meja yang uzur tadi saya tukar dengan permukaan meja yang lebih baik dan beberapa batang kayu saya tambah pada bahagian dalam yang berfungsi untuk mengukuhkan lagi pentas.

Permukaan meja dan batang kayu juga saya ambil dari meja dan kayu terpakai di belakang sekolah.

Inilah hasilnya….Sebuah pentas prasekolah yang dihasilkan daripada meja dan kayu terbuang di belakang sekolah.

Mungkin pentas prasekolah ini tidak seindah mana, tapi sekurang-kurangnya saya kita dapat memanfaatkan meja-meja murid di belakang sekolah daripada terus terbiar dan akan dilupuskan…

Share/Save/Bookmark

Tags:
Nov
10

Mini Aquarium

Posted by mshalim

Salam hormat….paparan kali ini adalah hasil perkongsian idea daripada salah seorang kenalan saya di Facebook iaitu adik Sarah Najihah Mohamad Fauzi

Beliau menghasilkan mini aquarium daripada botol minuman yang sudah tidak digunakan lagi. Terima kasih kepada beliau di atas perkongsian idea dan kesudian beliau untuk berkongsi cara menghasilkan mini aquarium di sini.

1- Sediakan barang dan peralatan yang diperlukan…botol plastik minuman, batu perhiasan, ikan, gunting dan pisau.

2- Botol plastik tersebut dipotong pada bahagian seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas. Botol terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian atas dan bahagian bawah.

3- Letakkan bahagian atas botol pada bahagian bawah botol seperti kedudukan dalam gambar di atas. Bahagian atas berfungsi sebagai mini aquarium dan bahagian bawah botol berfungsi sebagai pemegang aquarium. Masukkan batu hiasan ke dalam botol tersebut.

4- Isikan air pada botol dan jangan isi sehingga penuh.

5- Masukkan ikan ke dalam botol yang telah diisi dengan air itu tadi. Jeng jeng jeng…siap sudah mini aquarium….

Sekarang kita lihat bagaimana hendak menukar air pada mini aquarium ini :

Keluarkan bahagian atas botol yang berisi air daripada bahagian bawah botol. Buka penutup botol dan buang air itu dan ganti dengan air yang baru dan siap.

Mudah bukan…setiap orang pasti mampu menghasilkannya. Mungkin anda dapat menghasilkan mini aquarium yang cantik seperti ini…

SELAMAT MENCUBA !!!

Share/Save/Bookmark

Tags: