
Salam kepada semua. Berikut adalah serba sedikit mengenai diri saya :
Nama saya sejak lahir ialah Mohd Solleh Halim b. Mohd Sokhi (a.k.a : mshalim). Berasal dari Tanjung Karang, Selangor (kalau ada yang berada di kawasan ini, rajin-rajinlah hubungi saya! ). Pada saat anda membaca blog ini, saya masih lg tinggal di Tanjung Karang.
Bekerja dengan ikhlas sebagai seorang guru prasekolah di Sekolah Kebangsaan Parit Serong, Tanjung Karang.
Telah berumahtangga dan mempunyai seorang cahaya mata. Saya meminati kanak-kanak dan setiap hari saya bergelumang dengan kanak-kanak. Setiap hari persekolahan, tugas saya adalah mendidik kanak-kanak prasekolah dan melayan kerenah mereka. Habis waktu persekolahan pula, masa saya melayan dan bermain dgn anak saya.
Alangkah indahnya hidupku dikelilingi oleh kanak-kanak..



cantik website
Thank u.
Jangan lupe subscribe ye
Salam cikgu,
Terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman..
saya pon minat dgn pendidikan awal kanak2..walau saya bukan guru tapi eksperimen sikit2 dekat anak sendiri..mmg seronok mengajar/belajar dgn budak2 nih kan!
Salam..
Ye betul tu..memang seronok bila sering bersama dengan kanak-kanak..Kita cuma perlu pandai melayan dan menangani kerenah mereka.
Saya sendiri dapat melupakan masalah lain apabila bersama dengan kanak-kanak..tak percaya?
cuba tanya diri sendiri..yang mana lebih mudah?
berurusan dengan orang dewasa atau kanak-kanak ?!
well done…salam perkenalan..
Yes thank u, Selamat datang kepada Donat STJ..
salam ziarah… wah wah.. dah ada blog sendiri tak bagi tau aku noo..
Salam kembali…thank u..yeke x tau ni?..
Sorry..agaknya promosi belum sampai perlis kot..sabar noo sat g sampaila skuad promosi..hihi
assalamualaikum…
mmg best duk dgn bdk2 ni… mcm2 ragam y leh wat kt tergelak tgk telatah mereka huhuhu
jadi cikgu tuk prasekolah ni mesti byk cabarannye… all d best k!
penemuan y x dsengajakan, tgh dok search ttb jumpa konyer blok.. huhuhu
last komen lawar a.. blok ni… (^_^)
Wslm…
ye mmg best n rasa terhibur bila dengan kanak-kanak ni..biasalah..kanak-kanak adalah zaman yang menyeronkkan..
Anyway thank u for your comment..
Rajin2 la ikut blog ni ye
kerja dengan kanak-kanak memang seronok tapi memenatkan. Apa komen mengenai kurikulum prasekolah yang baru? tambah masa p&p hingga 4 jam tu ok ke?
Biasala..ada pro n ada con utk kurikulum prasekolah yang br ni…Bagusnya ialah guru dan murid lebih fleksibel mengatur jadual dan menjalankan aktiviti harian mereka di prasekolah…con pula masa guru prasekolah lebih pack..tapi itu semua bukannya alasan… semoga guru-guru prasekolah akan menjadi lebih cemerlang di masa akan datang !!!
Seronok tgk blog ni… ckgunya begitu berinisiatif dan komited. Dah berapa tahun ngajar pra.? Sya mmg respek ckgu lelaki bole ngajar pra dgn jayanya. Sabar n tabah dgn anak2 murid yg sdg naik. Sya sbg ckgu prempuan pun kdg2 naik hilang sbar jugalah bila depa buat perangai. Awal2 thn lg sakit terutama nak membimbing anak murid yang mmg zero pengetahuannya.
Anyway, syabas kpd smua guru2 pra, andalah org yg plg sabar dlm bdg pendidikan ini. Ada sokongan?
Salam…thanks sbb melawat blog ini..harapan saya supaya cikgu eimi menjadi pelawat setia blog sy ini…pada awalnya saya datang ke sekolah ni, kelas pra masih blm wujud…kelas pra baru dibuka pada tahun 2007 jadi bermula pada tahun itulah saya mengajar prasekolah sehingga skrg…mmg byk dugaannya terutama pada awal tahun ditambah lagi dengan kelas yang baru dibuka awal2 dulu…tapi yang penting keikhlasan dan kepuasan kite mengajar prasekolah ini…Alhamdulillah…
saya sokong pendapat cikgu eimi tu…saya juga seorang tadika namun saya amat kagum jika guru prasekolah itu seorang lelaki kerana jarang kita jumpa guru prasekolah lelaki.namun saya amat mengalu-alukan jika lebih ramai guru tabika,tadika,maupun prasekolah lelaki,kerana mungkin cara mereka mendidik maupun beriteraksi berlainan dan mungkin boleh kita pelajari dari mereka .betul tak?anyway syabas diucapkan kepada cikgu
Anyway, thanks di atas sokongan anda semua, memang agak jarang dijumpai kalau hendak dibandingkan dgn guru perempuan memang mereka lebih ramai daripada guru lelaki..ye memang itu salah satu dari tujuan saya mencipta blog ini..Jadikanlah blog ini sbg portal untuk kite saling bertukar pendapat dan pengalaman mengenai kanak-kanak ini..
Jika anda ada pengalaman atau gambar yg ingin dikongsikan, sila post atau email kepada saya supaya maklumat yang berguna ini dapat kita kongsi bersama.
Salam…
Sy kagum btul… lelaki blh jd guru prasekolah..
Blh sy tau, dlu cikgu bljr dlm bidang ni ke?
Salam…terima kasih diucapkan…ye dulu pengkhususan saya semasa di maktab ialah prasekolah….dan skrg sy memang meminati bidang ini…
Salam,
slmt bkenalan. Rasa2 balik sok kak cam kene posting g pra. so kene kenal2 ngn geng2 pra nehh..
Salam n slmt berkenalan kak Khai…silakan…pintu geng pra ni sentiasa terbuka…n selamat datang ke alam prasekolah
salam. sy sbnrnye kbtln terjmpe blog ni…nampak menarik…cikgu ni dulu maktab mana ye? sy pn skrg tgh stdy di institut perguruan, opsyen prasekolah jgk…so, banyak benda nk kena belajar dgn guru2 pra yg dh byk pengalaman…
Salam..
Saya baru terbuka blog nie, best laa.. boleh berkongsi idea dan pendapat. saya merupakan pelajar jurusan pendidikan awal kanak-kanak. Skrg ngah pratikal kt shah alam. Harap2 cikgu boleh berkongsi cara pengajaran. saya pratikal utk kanak2 taska,bdk2 umur 3 tahun. Kadang2 pening pale pikir nk ajar ap kat diaorang. Harap2 cikgu boleh bagi cadangan nk mngajar diaorg.
Salam untuk semua…thanks atas segala pujian…hihi…saya dulu dr Maktab Perguruan Islam, Bangi dalam opsyen Prasekolah…sekarang dikenali sebagai Institut Perguruan Islam…
Memang tujuan utama diwujudkan blog ini adalah untuk berkongsi maklumat dan pengalaman dalam mendidik kanak-kanak khusus kepada guru prasekolah dan amnya semua guru dan bakal pendidik anak bangsa…Terima kasih atas sokongan anda semua…
salam.saya lepasan diploma pra sekolah ipts,,saya ingin menyertai pra sekolah di sekolah rendah,,bagaimana laluannye,,t.kasih
Salam…untuk ini anda boleh rujuk di http://www.moe.gov.my/ atau http://www.spp.gov.my
Anda boleh ikuti perkembangannya di sana mengenai tawaran atau program yang berkaitan…Terima kasih n good luck !
Assalamualaikum….
saya juga cikgu prasekolah. saya mengajar di SK. Rapat Setia Ipoh. kalau boleh, saya nak jadi kawan di facebook sebab saya ada projek besar berkaitan dengan P&P prasekolah melibatkan dasar memartabatkan bahasa melayu dan memantapkan bahasa inggeris. projek sedang berjalan dan akan dikeluarkan satu produk sebelum bulan 10. kalau berminat, add saya dalam facebook. taip sahaja “zainora jaafar”. kalau boleh, kongsi maklumat ini dengan semua guru prasekolah. saya pun orang tanjung karang. seronok jumpe dengan orang kampung. tq…..jumpa lagi
Wslm…apa khabar org kampung…salam perkenalan n sy dh add anda di facebook…hope dpt share mcm2 idea n pendapat..
Add A Comment