DIARI SEORANG GURU PRASEKOLAH

Perkongsian ilmu dan pengalaman mendidik kanak-kanak

Matlamat

Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada seorang guru yang telah menghasilkan usaha kreatif dan inovatif bagi menjamin keberkesanan pelaksanaan kurikulum dan meningkatkan profesionalisme keguruan.

Objektif

1- Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada seorang guru yang telah melahirkan idea dan usaha yang kreatif dan inovatif dalam pelaksanaan kurikulum.

2- Menyediakan ruang dan peluang bagi seorang guru menampilkan kreativiti dan inovasi dalam pelaksanaan kurikulum.

3- Menggalakkan guru berikhtiar mencari dan mencuba idea-idea baru dalam pelaksanaan kurikulum untuk mencapai kecemerlangan dalam profesion keguruan.

4- Menyebarkan maklumat berkaitan inovasi dan kreativiti guru dalam pelaksanaan kurikulum untuk dimanfaatkan oleh para pendidik yang lain.

Konsep Inovasi

1- Inovasi diertikan sebagai penghasilan produk atau kaedah yang baru ke arah keberkesanan pelaksanaan kurikulum. Konsep inovasi dalam pemberian anugerah ini meliputi aktiviti yang menglibatkan pembaharuan dan perubahan yang positif dalam pelaksanaan kurikulum dan aktiviti kurikulum yang berkaitan dengan kurikulum di peringkat sekolah. Pelaksanaan kurikulum merujuk kepada usaha melaksanakan kurikulum melalui bahan-bahan kurikulum, teknologi pendidikan, kaedah pengajaran dan pembelajaran serta penilaian pembelajaran. Pembaharuan ini terjelma melalui cara, kaedah, teknik atau pendekatan baru yang meningkatkan pembelajaran.

2- Perubahan ini mesti menunjukkan sifat-sifat baru dan asli untuk mencapai keberkesanan dalam pelaksanaan kurikulum di sekolah.

3- Kecekapan dan keberkesanan penggunaan pendekatan yang inovatif perlu mengambil kira kesesuaian kos, masa, tenaga dan penggunaannya.

4- Hasil inovasi guru tersebut telah dilaksanakan dan boleh dipraktikkan di sekolah dan dibuktikan kejayaanya.

Kriteria Pemilihan

Pejabat Pelajaran Daerah mengemukakan satu calon bagi setiap kategori mewakili daerah masing-masing. Kriteria yang akan digunakan dalam penilaian hasil inovasi adalah seperti berikut :

1- Pengenalan idea baru dan asli  30%

2- Bentuk inovasi  15%

3- Peningkatan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran  30%

4- Kesan kos dan operasi  10%

5- Peningkatan tahap kepuasan hati guru dan pelajar  15%

Sumber : Jabatan Pelajaran Negeri Selangor

Alhamdulillah setelah menepati kriteria-kriteria yang telah ditetapkan, ditambah pula dengan usaha, sokongan dan berkat doa semua pihak…akhirnya Anugerah Guru Inovatif Prasekolah Negeri Selangor 2011 telah disandang oleh Guru Prasekolah SK Parit Serong….

SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN KEPADA SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT !!!

Share/Save/Bookmark

Tags:

Add A Comment