DIARI SEORANG GURU PRASEKOLAH

Perkongsian ilmu dan pengalaman mendidik kanak-kanak

Archive for the ‘Aktiviti Prasekolah’ Category

Satu lagi aktiviti prasekolah yang dijalankan pada bulan yang mulia ini. Biasanya rumah terbuka seperti ini diadakan di rumah tapi kali ini, rumah terbuka diadakan khas di kelas prasekolah. Program ini diadakan pada hari Selasa, 20 September 2011.

Dua buah kanopi ditempah khas untuk tujuan ini untuk keselesaan para tetamu yang hadir menjamu selera. Sasaran program ini ialah murid prasekolah, ibu bapa dan penjaga, semua guru dan kakitangan SK Parit Serong, guru-guru dan pembantu pengurusan murid prasekolah sekolah-sekolah berhampiran dan jemputan-jemputan khas.

Objektif program ini ialah bagi mewujudkan suasana Aidilfitri di kelas prasekolah. Dengan ini murid-murid prasekolah dapat merasakan sendiri suasana tersebut di kelas prasekolah. Selain itu, program ini juga diharapkan dapat merapatkan lagi silaturrahim sesama kita.

Ibu bapa hadir pada awal pagi membantu membuat persiapan.

Para jemputan yang hadir sedang menjamu selera.

Guru-guru prasekolah dan pembantu pengurusan murid sekolah-sekolah berhampiran turut hadir bagi memeriahkan lagi rumah terbuka kali ini.

Alhamdulillah program yang dirancang berjalan dengan lancar dan cuaca pada hari tersebut juga sangat baik. Terima kasih diucapkan kepada semua tetamu yang hadir.

Tidak dilupakan juga setinggi-tinggi penghargaan kepada pembantu pengurusan murid dan semua ibu bapa yang sibuk membantu membuat persiapan sejak dari pagi.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga kita berjumpa lagi pada Aidilfitri tahun akan datang.

Share/Save/Bookmark

Tags:

Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada semua…mohon maaf zahir dan batin…

Prasekolah SK Parit Serong juga tidak ketinggalan untuk meraikannya… Program Ziarah diadakan bersama dan melibatkan warga prasekolah, murid prasekolah dan ibu bapa.

Sempena bulan yang mulia ini, program ini diadakan untuk menjalinkan ukhwah dan merapatkan silaturrahim. Sebelum program dijalankan, guru dan ibu bapa telah bermesyuarat untuk menentukan tarikh untuk setiap rumah dan bagi memastikan progam ini berjalan dengan lancar.

Program ini diadakan selama 3 hari berturut-turut iaitu pada 6,7 dan 8 September 2011.

6 September 2011 (Selasa)

7 September 2011 (Rabu)

8 September 2011 (Khamis)

Alhamdulillah telah selesai Program Ziarah Hari Raya Aidilfitri 2011 yang berlangsung dengan lancar selama 3 hari. Semua yang mengikuti program ini berasa sangat gembira terutama kanak-kanak prasekolah.

Di harap program ini akan berlangsung lagi pada tahun hadapan dan lebih meriah dengan kehadiran ibu bapa dan ahli keluarga yang hadir.

Share/Save/Bookmark

Tags:
Jul
25

SUKAN TAHUNAN PRASEKOLAH 2011

Posted by mshalim

Seperti tahun-tahun sebelum ini, sukan prasekolah merupakan aktiviti yang diadakan pada setiap tahun untuk murid-murid prasekolah.

Oleh kerana Prasekolah hanya mempunyai satu kelas sahaja, aktiviti ini diadakan secara bersama dengan sukan tahunan Sekolah Kebangsaan Parit Serong yang melibatkan semua murid tahun 1 hingga tahun 6.

Sukan tahunan ini diadakan pada 24 Julai 2011 iaitu pada hari Ahad. Beginilah sepanjang hari sukan prasekolah 2011….

Acara individu Lari Terus 80 Meter

Acara kumpulan Kutip Bola Padat

Acara kumpulan Aiskrim Gergasi

Acara kumpulan Jumping Ball

Hadiah untuk para pemenang disampaikan oleh Guru Besar SK Parit Serong, Hj. Ahmad Yusak b. Tukiman

Setiap murid prasekolah tidak pulang dengan tangan kosong. Hadiah untuk setiap murid dan yang paling seronok sekali apabila setiap murid dihadiahkan jumping ball.

Berkolaborasi dengan guru-guru SK Parit Serong dalam menjayakan Sukan Tahunan 2011

Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Parit Serong 2011 telah berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang. Murid-murid diberi cuti selama satu hari iaitu pada 25 Julai 2011 bersamaan dengan hari Isnin.

Share/Save/Bookmark

Tags:
Jan
08

Majlis Persaraan Pn. Noor Zalina

Posted by mshalim

PN. NOOR ZALINA BT. MOHD TAHIR

Guru Besar SK Parit Serong

( 1 Februari 2005 - 10 Januari 2011 )

Hari Jumaat bersamaan dengan 7 Januari 2011 merupakan hari terakhir Pn. Noor Zalina bt. Mohd Tahir di SK Parit Serong kerana selepas ini beliau akan bersara dan berakhirlah tugas beliau di sekolah ini…..

Puan Noor Zalina bt. Mohd Tahir merupakan seorang anak kerani yang dilahirkan pada tanggal 11 Januari 1956, di Hospital Kuala Lumpur. Beliau merupakan anak yang kedua daripada 9 orang adik beradik yang terdiri daripada 4 orang lelaki dan 5 orang perempuan.

Sewaktu kecil, beliau pernah menuntut di Sekolah Rendah Convent Sentul, Kuala Lumpur. Kemudian pada zaman remajanya, beliau menuntut di Sekolah Menengah Convent, Sentul Kuala Lumpur dan kemudiannya telah menyambung pelajarannya di St. John Institutions. Beliau kemudiannya ditawarkan menyambung pengajian peringkat Diploma Sains dan Pendidikan selama 3 tahun bermula pada 1976 hingga 1979 di Universiti Pertanian Malaysia yang kini  dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia.

Beliau pernah bercita-cita untuk menjadi seorang kerani kerana ingin mengikuti jejak langkah ayahnya. Tetapi dengan kesungguhan dan tekad yang tinggi, akhirnya beliau menjadi seorang guru.

Beliau mula bertugas di Sekolah Sultan Abdul Samad di Teluk Dato’ Banting selama 14 tahun mulai ahun 1979 sehingga 1992 dengan menjawat jawatan sebagai guru biasa dan mengajar mata pelajaran sains hayat.

Beliau kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di Sekolah Rendah Methodist, Pelabuhan Klang dari tahun 1992 hingga 1993. Setelah berkhidmat hampir 2 tahun, beliau kemudiannya sekali lagi ditukarkan ke Sekolah Kebangsaan Jalan Bomba juga menjawat jawatan sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

Seterusnya pada 16 November 1996 beliau telah dinaikkan pangkat sebagai guru besar di Sekolah Kebangsaan Sungai Burung sehingga 31 Januari 2005. Akhir perkhidmatannya beliau telah berkhidmat di sekolah sekarang ini iaitu Sekolah Kebangsaan Parit Serong. Beliau mula berkhidmat di sekolah ini pada 1 Februari 2005 sehingga pada 10 Januari 2011.

Beliau menamatkan zaman bujang beliau pada tahun 1984 dengan seorang jejaka tampan yang bernama Faham bin Kosiran yang beliau kenali semasa bertugas bersama di Sekolah Sultan Abdul Samad, Banting. Hasil perkahwinan yang dibina hampir 27 tahun, pasangan ini telah dikurniakan 3 orang anak yang terdiri daripada seorang lelaki dan 2 orang perempuan.

Sepanjang 6 tahun beliau berkhidmat di sekolah ini, banyak jasa dan pengorbanan yang beliau telah sumbangkan tanpa mengenal erti penat lelah serta tidak mengharapkan balasan kerana beliau percaya bahawa sesuatu yang dilakukan dengan ikhlas itu lebih penting tanpa mengharapkan balasan atau pujian.

Ketegasan beliau disegani oleh pelajar dan guru. Kemesraan beliau telah membuatkan kami menyayangi beliau, Kepergian beliau, terpaksa kami akur kerana kami memahami beliau telah bersara wajib dalam perkhidmatan beliau.

Semoga beliau beroleh kebahagiaan dan kesejahteraan di masa depan dan selamat maju jaya !!!….

Dan kenangan ini diabadikan di sekitar majlis persaraan beliau :

Majlis penyampaian cenderahati daripada warga Prasekolah

Persembahan daripada wakil murid-murid SK Parit Serong

Kek untuk sambutan persaraan dan hari jadi beliau

Murid Prasekolah juga memberi penghormatan terakhir kepada guru besar


Pn Noor Zalina diarak dengan menaiki jip yang telah ditempah khas untuk majlis persaraan beliau.

Share/Save/Bookmark

Tags:
Oct
01

Hari Raya Prasekolah 2010

Posted by mshalim

Ramadhan Al Mubarak telah berlalu dan Syawal yang mulia kini tiba…hari yang dinanti oleh semua umat Islam di seluruh dunia…tidak ketinggalan juga murid-murid prasekolah ku ini….

Setelah berhari raya bersama keluarga, sekembalinya ke sekolah aktiviti hari raya untuk kanak-kanak ini telah pun dirancang….(31 September 2010) Aktiviti berhari raya dari rumah ke rumah setiap murid prasekolah…Setiap murid terlibat dalam aktiviti ini…

Dan yang penting sekali, objektif utama aktiviti ini diadakan adalah supaya warga prasekolah dapat bermaaf-maafan di samping mengeratkan lagi silaturrahim. Murid-murid juga diterapkan dengan nilai-nilai murni seperti adab ketika menziarahi dan hormat menghormati.

Gambar-gambar ini akan saya abadikan di sini untuk kenangan bersama :

SELAMAT HARI RAYA

MAAF ZAHIR DAN BATIN

dari kami

warga PRASEKOLAH SK Parit Serong

Share/Save/Bookmark

Tags:
Jul
07

Membuat Topeng

Posted by mshalim

Ini pula salah satu aktiviti untuk kanak-kanak pada hari ini….Membuat topeng Ultraman…Seperti yang kita ketahui watak Ultraman begitu glamour dan boleh dikatakan hampir semua kanak-kanak mengenali Ultraman….

Pada awalnya memang nak buat topeng ultraman tapi macam lain sikit je hihi…its ok, try again…

Yang penting anak-anak murid saya enjoy dalam menjalani aktiviti ini…Ia mudah sahaja sesaiapa pun boleh buat pada bila-bila masa…

1- Lakar gambar topeng tersebut dan kemudian scan n print terus pada kad manila.

2- Murid mewarna topeng mengikut kreativiti sendiri.

3- Murid memotong topeng tersebut dari kad manila mengikut garisan yang telah ditetapkan.

4- Buatkan lubang untuk mata dan hidung bagi memudahkan murid melihat dan bernafas semasa memakai topeng tersebut.

5- Akhir sekali gunakan gelang getah untuk mengikat topeng pada telinga.

SIAP !!!

Lihatlah hasilnya…mudah dan menjimatkan…tidak perlu pergi ke kedai untuk membeli topeng kerana kualiti topeng buatan sendiri ini juga sama seperti di kedai…

SELAMAT MENCUBA !!!

p/s : Jom kita fikirkan apakah watak seterusnya untuk topeng yang akan datang..

Share/Save/Bookmark

Tags:
Jun
22

Origami : Arnab

Posted by mshalim

Berjumpa lagi kita dalam siri origami seterusnya…macam nak belajar memasak la plk..hihi….

Sebelum tu saya ingin mengucapkan selamat kembali bersekolah kepada semua guru dan pelajar amnya dan khususnya guru dan murid-murid prasekolah setelah bercuti pertengahan tahun selama lebih kurang 2 minggu

Origami kami pada hari ini ialah arnab…Bukannya apa..ini adalah untuk menarik mood kanak-kanak ni untuk lebih seronok di sekolah setelah lama bercuti

Ini pula proses terakhir murid-murid menyiapkan origami arnab tersebut..

Melukis mata, telinga dan misai arnab… :-)

Siap !!! Arnab-arnab ini telah sedia untuk diternak… Tahniah anak-anak muridku kerana berjaya menghasilkan origami arnab

Share/Save/Bookmark

Tags:
May
21

Origami : Asas Lipatan

Posted by mshalim

BAGAIMANA MEMBENTUK LIPATAN YANG BAIK

Apabila mempelajari origami, adalah penting untuk membentuk garisan kesan lipatan yang baik.

Lipatan yang baik

1- Pastikan bucu-bucu ditemukan dengan tepat

2- Pastikan bucu dan sisi ditemukan dengan kemas

Cara yang betul untuk mendapatkan garisan kesan lipatan.

1- Selepas dilipat, gunakan ibu jari untuk menekan kertas dari tengah, ke kanan dan ke kiri.

2- Untuk mendapatkan kesan lipatan yang lebih tajam, gunakan kuku ibu jari untuk menekan di bahagian lipatan.

Ini pula aktiviti yang saya jalankan baru-baru ini…kanak-kanak ini mempelajari asas lipatan origami untuk memudahkan mereka melakukan aktiviti origami seterusnya pada masa akan datang.

Share/Save/Bookmark

Tags:
May
16

Gotong Royong Kelas Prasekolah

Posted by mshalim

Seperti yang telah dipersetujui dalam mesyuarat baru-baru ini, gotong royong untuk menaik taraf kelas prasekolah telah diadakan pada 15 Mei 2010 bersamaan dengan hari Sabtu yang lepas bermula dari pukul 8.00 pagi hingga pukul 12.oo tengah hari.

Gotong royong ini melibatkan ibu bapa / penjaga murid prasekolah sesi 2010 bersama dengan guru prasekolah dan pembantu pengurusan murid.

Alhamdulilah sambutan dari ibu bapa menggalakkan dan aktiviti gotong royong ini berjalan dengan lancar. Antara aktiviti yang dijalankan ialah mengecat bahagian dalam kelas prasekolah, membalut meja dan pelbagai aktiviti lain.

Dalam kesibukan, ini ialah beberapa aksi yang sempat saya candid…

Kaum ibu bertungkus lumus membalut semua meja yang ada di dalam kelas prasekolah ini.

(Tiada gambar) Kaum bapa mengecat dinding prasekolah

Ini pula ustaz yang juga guru damping Pendidikan Islam di kelas saya sibuk mengecat dinding bersama dengan kaum bapa yang lain…

Untuk makluman, masih ada banyak lagi kawasan di dalam kelas prasekolah yang perlu dicantikkan lagi…jadi…kami memerlukan bantuan dari anda semua…marilah datang beramai-ramai !!! …. : - )

Share/Save/Bookmark

Tags:

Salam kepada semua ibu/ bapa/ penjaga

murid prasekolah Sekolah Kebangsaan Parit Serong,

Merujuk kepada surat bertarikh 10 Mei 2010, berkenaan dengan mesyuarat persediaan gotong royong kelas prasekolah, dukacita dimaklumkan terdapat sedikit perubahan pada mesyuarat tersebut dan akan dipinda kepada butiran yang berikut :

Tarikh : 14 Mei 2010 ( Jumaat ).

Masa : 11.15 pagi.

Tempat : Kelas Prasekolah SK Parit Serong.

Pindaan ini adalah kerana terdapat urusan rasmi lain yang tidak dapat dielakkan dan ini menyebabkan pindaan terpaksa dilakukan.

Diharap semua ibu/ bapa/ penjaga murid prasekolah SK Parit Serong sesi 2010 maklum tentang perkara ini dan diminta agar pihak tuan/ puan dapat hadir pada tarikh, masa dan tempat yang telah ditetapkan.

Sebarang kesulitan amat dikesali dan kerjasama dari pihak tuan amatlah kami hargai.

Sekian, terima kasih

p/s : Surat telah diedarkan dan sekiranya terdapat sebarang kemusykilan dan pertanyaan, SILA KLIK DI SINI…

Share/Save/Bookmark

Tags: