DIARI SEORANG GURU PRASEKOLAH

Perkongsian ilmu dan pengalaman mendidik kanak-kanak

Archive for the ‘Aktiviti sekolah’ Category

Sekolah Kebangsaan Parit Serong telah mengadakan Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Kali Ke-53 pada :

Tarikh : 09 Ogos 2010 (Isnin)

Masa : 7.45 pagi

Tempat : Dataran Perhimpunan

RASIONAL

Bulan Ogos adalah bulan bersejarah bagi Negara Malaysia kerana Hari Kebangsaan jatuh pada bulan tersebut iaitu pada tanggal 31 Ogos 1957. Oleh itu Jawatankuasa Bulan Kemerdekaan telah dibentuk bagi merangka beberapa aktiviti yang menjurus ke arah penghayatan warga sekolah khususnya murid-murid dalam menyemai semangat patriotik yang jitu dalam diri mereka.

OBJEKTIF

Menanam semangat cintakan negara dan mewujudkan semangat patriotisme yang jitu di dalam diri murid-murid dan terhadap agama, bangsa dan negara.

Melibatkan murid-murid dalam setiap aktiviti yang membolehkan mereka menghayati dan memahami erti kemerdekaan dalam konteks menyeluruh dan jelas.

Peka dan menghargai sejarah negara terutamanya usaha para pejuang yang telah membebaskan negara daripada belenggu penjajah dan seterusnya mendapatkan kemerdekaan.

p/s: Murid-murid prasekolah bersemangat mengibarkan Jalur Gemilang

Share/Save/Bookmark

Tags:
May
18

Hari Guru Peringkat Sekolah 2010

Posted by mshalim

SK Parit Serong telah mengadakan Sambutan Hari Guru peringkat sekolah pada 17 Mei 2010 yang lepas bersamaan dengan hari Isnin. Sambutan berjalan dengan lancar dan cuaca juga baik pada hari tersebut.

Semua guru terlibat dalam sambutan tersebut termasuklah saya selaku guru prasekolah…Pelbagai aktiviti telah dijalankan, antaranya ialah :

- Bacaan ikrar

- Nyanyian

- Sukaneka

- Jamuan dan acara memotong kek

- Persembahan murid

- Acara untuk guru dan bertukar hadiah

- Penyampaian hadiah.

Acara bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir tepat jam 1.00 petang. Sebagai kenangan, telah ku uploadkan gambar-gambar ini untuk tatapan semua…dan kepada semua warga pendidik tak kira dimana anda berada, kucapkan…..

SELAMAT HARI GURU !!!

Acara memotong kek

Sukaneka…menyusun tin…kumpulan kami menjadi JOHAN !!!

Ini pula acara untuk guru…lukis dan guru yang lain meneka…kumpulan saya juga yang menjadi johan…hihi

Bergambar bersama dengan antara hadiah yang dimenangi…nk buat ape ye dengan hadiah ni ???

Share/Save/Bookmark

Tags:

Sekolah Kebangsaan Parit Serong telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah pada:

Tarikh : 12 Mac 2010 bersamaan 26 Rabiulawal 1431H (Jumaat)

Masa : 7.45 pagi hingga 12.00 tengah hari.

MATLAMAT

Maulidurrasul merupakan hari kebesaran umat Islam seluruh dunia yang diraikan setiap tahun demi memupuk kecintaan terhadap Nabi Muhammad SAW dengan mengikuti agama dan cara hidupnya, mengamalkan sunnahnya, mematuhi perkataan danperbuatannya dalam segala keadaan, melaksanakan suruhannya dan menjauhi larangannya.

OBJEKTIF

1- Mengingati dan mengagumi kebesaran ALLAH SWT di samping memperingati perjuangan suci junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

2- Mengasihi dan menyayangi Nabi Muhammad SAW di atas peninggalannya iaitu agama Islam yang maha suci ini.

3- Memberi kesedaran dan keinsafan diri betapa sesah dan peritnya perjuangan Nabi Muhammad SAW.

4- Mewujudkan suasana jati diri yang cekal, gigih dan berkeyakinan diri.

SASARAN

1- Semua murid SK Parit Serong termasuk murid Prasekolah.

2- Semua guru dan kakitangan SK Parit Serong.

TARIKH PELAKSANAAN

11 Mac 2010 (Khamis)

Pertandingan mewarna untuk Prasekolah dan Tahap 1,

Kuiz untuk Tahap 2.

Student Prasekolah sedang mewarna lembaran kerja yang diberi…Semua murid menyertai pertandingan mewarna yang diadakan sempena Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah..pemenang ditentukan berdasarkan hasil kerja yang terbaik…hadiah diberikan kepada 3 peserta prasekolah terbaik.

Setiap rumah sukan dikehendaki membina sepanduk sendiri sempena perarakan Maulidur Rasul yang akan diadakan esok…Guru-guru tidak ketinggalan untuk memberikan sentuhan kreatifnya dalam menghasilkan sepanduk…lihat sajalah ustaz ni…kite amik gamba dia pn x perasan…hihi…

12 Mac 2010 (Jumaat)

Perarakan dan pertandingan nasyid antara kelab

Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah dimulakan dengan perhimpunan…Kemudian aktiviti diteruskan dengan perarakan membawa sepanduk dan berselawat beramai-ramai…semua murid terlibat termasuk murid prasekolah

Setelah perarakan selesai…murid berkumpul semula di dewan sementara untuk jamuan ringan…Aktiviti diteruskan dengan pertandingan nasyid antara kelab dan kemudian sesi penyampaian hadiah…tepat jam 12.00 tengah hari aktiviti selesai dan murid-murid bersurai.

Share/Save/Bookmark

Tags:
Mar
04

Lagu SK Parit Serong

Posted by mshalim

LAGU SEKOLAH

( Gemilang Sekolahku )

Gemilanglah sejolahku,

Di mercu kejayaan,

Suasana damai ceria guruku,

Kami pelajar cemerlang.

Keindahan sekolahku,

Kebanggan kami semua,

Tekunlah berusaha,

Pastikan berjaya,

Kami pelajar cemerlang.

Sekolahku maju jaya,

SKPS gilang gemilang,

Cerialah guru kami,

Mendidik untuk negara.

Gemilanglah sekolahku,

Di mercu kejayaan,

Suasana damai ceria guruku,

Kami pelajar cemerlang,

Kami pelajar cemerlang.

Share/Save/Bookmark

Tags:
Mar
03

Piagam, Visi dan Misi

Posted by mshalim

PIAGAM

Menuju ke arah kecemerlangan dengan :

* Melaksanakan sistem pengurusan dan kepimpinan organisai secara terancang dan profesional.

* Mempastikan kecemerlangan pelajar secara seimbang dan berkualiti, meliputi aspek akademik, kokurikulum, sahsiah serta kimanan.

*Mempastikan pelaksanan dasar disempurnakan secara kolektif dan penuh komitmen, menerusi koordinasi jitu semua pihak yang berkaitan.

VISI

Meningkatkan budaya dan iklim sekolah cemerlang untuk melahirkan pelajaran cemerlang secara bersepadu

MISI

Memastikan warga SKPS mengamalkan budaya kerja cemerlang dalam semua aspek dengan penuh dedikasi, secara kolektif dan bersepadu menggunakan ICT agar pencapaian sekolah sentiasa cemerlang.

Share/Save/Bookmark

Tags:
Mar
02

Lencana SK Parit Serong

Posted by mshalim

LENCANA SEKOLAH

Lencana sekolah ini mempunyai empat warna iaitu :-

1- Putih : Melambangkan hati yang bersih dan ikhlas untuk mendapatkan

ilmu pengetahuan.

2- Kuning : Sentiasa patuh pada arahan guru.

3- Biru : Melambangkan hati yang sabar dalam menghadapi pelajaran.

4- Merah : Kegigihan hati yang tidak putus asa dalam mencapai cita-cita.

5- Obor melambangkan ilmu sebagai penyuluh hidup.

6- Daun melambangkan bahawa sekolah ini berada di kawasan pertanian.

7- Padi melambangkan sebahagian daripada murid datang dari kawasan sawah.

Share/Save/Bookmark

Tags:
Jan
18

Sejarah SK Parit Serong

Posted by mshalim

SEJARAH SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT SERONG telah didaftarkan untuk persekolahan pada 1 Jun 1956. Nama asalnya ialah Sekolah Umum Parit Serong kerana terletak di Kampung Parit Serong.

Sekolah ini ditubuhkan kerana ramai ibu bapa terpaksa menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah yang terletak agak jauh dari rumah dan masalah pengangkutan merupakan masalah utama pada waktu itu.

Pada awal penubuhannya, hanya terdapat 121 orang murid yang didaftarkan dengan jumlah guru seramai 4 orang dan 3 buah kelas. Jumlahnya semakin bertambah dari semasa ke semasa sehingga mencapai 279 orang murid pada 1 Januari 2008 bersama 24 orang guru dan 9 buah kelas. Prasekolah turut dimulakan pada Januari 2007 dengan bilangan murid seramai 23 orang.

GURU BESAR

1. Mohd Arif b. Ibrahim ( 1956 -1968 )

2. Mutalif b. Yusof ( 1969 - 1972 )

3. Abu Hassan b. Amat ( 1972 - 1976 )

4. Kamaruddin b. Muhammad ( 1976 - 1979 )

5. Mohd Arif b. Mat Noh ( 1980 - 1984 )

6. Kamsah b. Bedul ( 1985 - 1987 )

7. Fadilah b. Osman ( 1987 - 1993 )

8. Faridah bt. Abdullah ( 1993 - 1995 )

9. Ghafar b. Shahamin ( 1995 -1997 )

10. Harun b. Abdullah ( 1997 - 2005 )

11. Noor Zalina bt. Mohd Tahir ( 2005 - sekarang )

Share/Save/Bookmark

Tags:
Nov
20

UPSR Cemerlang

Posted by mshalim

Pada hari yang sama dengan Hari Kecemerlangan, kami telah dikhabarkan dengan berita gembira iaitu keputusan UPSR.

Daripada 48 orang calon yang menduduki UPSR, 7 daripadanya telah mendapat keputusan 5A dalam UPSR baru-baru ini.

Secara x langsung, saya jadi jurugambar terhormat shoot picture dieorang ni bergambar dengan ibu bapa masing-masing… Smile !!! :-)

Share/Save/Bookmark

Tags:

Hari Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Parit Serong diadakan pada 19 November 2009..

Event ini diadakan bagi memberi penghargaan kepada murid-murid yang mempunyai prestasi yang cemerlang dan mengharumkan nama sekolah.

Murid Prasekolah diberi penghargaan pada hari ini kerana telah mengikuti kelas prasekolah sepanjang tahun 2009. Murid di atas adalah sebahagian murid-murid saya dan tahun ini saya dikurniakan sepasang murid kembar…

agaknya bila lagi ye dapat murid kembar mcm ni.. :-)

Pada hari ini, murid prasekolah diberi penghormatan untuk membuat persembahan dan ini gambar ketika mereka bersiap sedia untuk membuat persembahan.

So how ?!..cute x budak2 ni ?? .. :-)

Share/Save/Bookmark

Tags:
Nov
17

Persiapan untuk Hari Kecemerlangan 2009

Posted by mshalim

Hari Kecemerlangan SK Parit Serong 2009 bakal menjelang tidak lama lagi..

Majlis Konvokesyen untuk murid Prasekolah juga diadakan sekali dengan majlis tersebut.

Segala persiapan telah dilakukan untuk sempena hari yang bersejarah itu. Antaranya ialah menyediakan sijil, pakaian, pelbagai hadiah dan lain-lain persiapan.

Antara hadiah yang diberikan untuk semua murid prasekolah ialah Sijil Pengijtirafan, set alat tulis, pensel warna, jam tangan dan beg sekolah. Set alat tulis, pensel warna dan jam tangan saya sediakan di dalam beg ready made yang berwarna merah itu..any comment ?!..

Share/Save/Bookmark

Tags: