DIARI SEORANG GURU PRASEKOLAH

Perkongsian ilmu dan pengalaman mendidik kanak-kanak

Archive for the ‘DO IT YOURSELF’ Category

Nov
15

Pentas Prasekolah

Posted by mshalim

Salam untuk semua….

Kali ini merupakan perkongsian idea mengenai satu benda yang telah telah saya hasilkan daripada bahan terbuang di belakang sekolah. Meja murid yang sudah tidak digunakan lagi dan menunggu masa untuk dilupuskan…

Mula-mula sekali potong kaki meja itu mengikut ukuran ketinggian pentas yang dikehendaki dan bersesuaian dengan kanak-kanak prasekolah.

Meja murid yang kelihatan uzur dan kelihatan seperti tidak kukuh.

Bahagian atas atau permukaan meja yang uzur tadi saya tukar dengan permukaan meja yang lebih baik dan beberapa batang kayu saya tambah pada bahagian dalam yang berfungsi untuk mengukuhkan lagi pentas.

Permukaan meja dan batang kayu juga saya ambil dari meja dan kayu terpakai di belakang sekolah.

Inilah hasilnya….Sebuah pentas prasekolah yang dihasilkan daripada meja dan kayu terbuang di belakang sekolah.

Mungkin pentas prasekolah ini tidak seindah mana, tapi sekurang-kurangnya saya kita dapat memanfaatkan meja-meja murid di belakang sekolah daripada terus terbiar dan akan dilupuskan…

Share/Save/Bookmark

Tags:
Nov
10

Mini Aquarium

Posted by mshalim

Salam hormat….paparan kali ini adalah hasil perkongsian idea daripada salah seorang kenalan saya di Facebook iaitu adik Sarah Najihah Mohamad Fauzi

Beliau menghasilkan mini aquarium daripada botol minuman yang sudah tidak digunakan lagi. Terima kasih kepada beliau di atas perkongsian idea dan kesudian beliau untuk berkongsi cara menghasilkan mini aquarium di sini.

1- Sediakan barang dan peralatan yang diperlukan…botol plastik minuman, batu perhiasan, ikan, gunting dan pisau.

2- Botol plastik tersebut dipotong pada bahagian seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas. Botol terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian atas dan bahagian bawah.

3- Letakkan bahagian atas botol pada bahagian bawah botol seperti kedudukan dalam gambar di atas. Bahagian atas berfungsi sebagai mini aquarium dan bahagian bawah botol berfungsi sebagai pemegang aquarium. Masukkan batu hiasan ke dalam botol tersebut.

4- Isikan air pada botol dan jangan isi sehingga penuh.

5- Masukkan ikan ke dalam botol yang telah diisi dengan air itu tadi. Jeng jeng jeng…siap sudah mini aquarium….

Sekarang kita lihat bagaimana hendak menukar air pada mini aquarium ini :

Keluarkan bahagian atas botol yang berisi air daripada bahagian bawah botol. Buka penutup botol dan buang air itu dan ganti dengan air yang baru dan siap.

Mudah bukan…setiap orang pasti mampu menghasilkannya. Mungkin anda dapat menghasilkan mini aquarium yang cantik seperti ini…

SELAMAT MENCUBA !!!

Share/Save/Bookmark

Tags:
Jun
28

Projek Kolam Mini

Posted by mshalim

Projek ini adalah untuk merealisasikan impian untuk menjadikan tandas prasekolah tidak seperti tandas-tandas biasa yang lain…ini kerana kolam mini ini ditempatkan di satu sudut di dalam tandas prasekolah.

Masih lagi mengekalkan konsep menggunakan bahan terbuang dan bahan sedia ada di kelas prasekolah dan yang penting sekali ialah menjimatkan kos.

Tembikar perhiasan itu dah agak uzur dan pecah…jadi saya repair sikit-sikit dan cat semula besi pemegang tembikar tu…selain tembikar, saya menggunakan besen berbentuk segi empat sebagai tempat takungan air…tak perlu beli, ambil semula besen yang telah pembantu saya simpan di dalam stor…

Dari satu sudut di kelas prasekolah, saya transfer 2 pokok mini bonzai ke dalam tandas untuk menceriakan suasana…dan untuk lebih ceria lagi saya ambil pokok hidup yang pembantu saya letakkan di sinki tandas… :-)

Rumput palsu, batu-batu putih dan berwarna warni, dan juga pam air adalah dari aquarium lama yang telah bocor di rumah saya…hanya buat sedikit wiring dari soket elektrik di luar tandas…wayar juga saya ambil dari wayar lama yang tidak digunakan lagi tetapi masih lagi dalam berkeadaan baik..

Jumlah kos kesuluruhan menghasilkan mini kolam ini ialah : RM 0.00 .

INILAH HASILNYA !!!

Jadi, manfaatkanlah bahan-bahan di sekeliling anda dan gunakannya semaksima yang mungkin…Siapa sangka, daripada bahan-bahan terbuang, bahan sedia ada, aquarium yang bocor dan barang-barang yang telah bersawang di dalam stor boleh menghasilkan sebuah kolam mini dan ia tidak memerlukan sebarang kos….Anda juga pasti boleh…

SELAMAT MENCUBA !!!

Share/Save/Bookmark

Tags:
Jun
15

Projek Mengecat Mini Drawer

Posted by mshalim

Salam buat semua…setelah agak lama menyepi, baru hari ini saya dapat berkongsi sesuatu di sini…

Dengan iklim di Malaysia, panas dan lembab sepanjang tahun…ia sedikit sebanyak telah melunturkan warna mini drawer dan ia membuatkannya kelihatan tidak menarik…macam ni lah rupanya…

Kesian kan…x sanggup membiarkan ia lapok dek hujan, lekang dek panas…lima warna telah menjadi pilihanku supaya ia kelihatan lebih menarik iaitu merah, kuning, biru, ungu dan hijau.

Ambil waktu senggang seperti waktu rehat dan waktu balik untuk menjalankan projek ini…jadi kanak-kanak prasekolah pun akan memerhati apa yang cikgu dia sedang lakukan.

Beginilah hasilnya…beberapa set mini drawer berjaya di cat semula untuk menyerlahkan lagi kewujudannya…

Siap 6 set semuanya…yg ada dalam gambar cuma tiga…lepas ini bolehla kite labelkan untuk alat-alat tulis dan peralatan lain di kelasĀ prasekolah…. :-)

Share/Save/Bookmark

Tags:

This post is password protected. To view it please enter your password below:


Share/Save/Bookmark

Tags:
Sep
22

Meja Carrom Prasekolah

Posted by mshalim

Terdapat satu tunjang dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan iaitu Tunjang Fizikal dan Estetika :

(PFK 1.1.12) Menggunakan jari untuk menjentik.

Standard pembelajaran ini memberi satu lagi idea salah satu langkah memelihara alam sekitar dengan mengitar semula rak buku di dinding bilik guru yang tidak digunakan lagi menjadi meja carrom.

Carrom merupakan satu permainan yang memerlukan kite menggunakan jari untuk menjentik. Jadi amatlah sesuai untuk kita melatih kanak-kanak ini menjentik melalui permainan carrom.

Apa yang hanya saya pelu lakukan ialah terbalikkan rak itu, buatkan kaki untuk meja itu, kemudian cat dan balut bahagian atas meja itu dan….

SIAP !!!….

Satu lagi hasil yang dapat memelihara alam sekitar…diharap anak-anak muridku dapat memanfaatkan meja carrom ini sepenuhnya kerana peluang seperti ini mungkin hanya boleh didapati di prasekolah sahaja… :-)

Share/Save/Bookmark

Tags:
Sep
20

Membuat meja makan Prasekolah

Posted by mshalim

Pada suatu tengah hari, sengaja ku angkat kakiku ini untuk bersiar-siar di sekitar kawasan sekolah…dan ternampak satu longgokan meja murid yang telah uzur dan hanya menanti masa sahaja untuk dilupuskan…beginilah keadaan meja-meja yang telah uzur itu….

Dari situ timbulnya idea untuk memanfaatkan meja-meja yang uzur ni kepada satu barang yang baru dan boleh digunakan dengan selamat…

Jadi dengan kepakaran yang x seberapa ni, kuberikan sedikit sentuhan dan penambahbaikan beginilah keadaan meja ni semasa dalam proses pembikinan….

DAN….

Inilah sahaja yang mampu kulakukan untuk menghasilkan meja makan untuk anak-anak murid prasekolah ku ini…walaupun x seberapa tp kepuasan itu tidak dapat digambarkan melalui kata-kata kerana dapat menyelamatkan beberapa meja daripada terus dilupuskan…

Share/Save/Bookmark

Tags:
Jul
22

DO IT YOURSELF - Membuat Lempeng

Posted by mshalim

Bertemu kita dalam siri DO IT YOURSELF iaitu membuat lempeng

bagi mereka yang masih belum mengenali apa itu lempeng, lempeng ialah sejenis makanan yang berasaskan tepung…terdapat beberapa jenis lempeng antaranya ialah lempeng pisang dan lempeng tepung….

Untuk siri kita pada kali ini ialah lempeng tepung dan di sini kita dapat lihat murid prasekolah membuat sendiri lempeng tepung di bawah pengawasan guru dan pembantu pengurusan murid…

LANGKAH 1 :

Untuk permulaan dan juga sebagai set induksi, murid-murid akan diberikan taklimat dan demo bagaimana menghasilkan lempeng tepung yang lazat…pada langkah pertama ini apa yang penting ialah tumpuan murid sepenuhnya supaya murid tidak mengalami masalah ketika proses penghasilan nanti…

LANGKAH 2 :

Ok murid-murid, sekarang giliran kamu pula untuk membuat lempeng…hihi…letakkan 3 sudu tepung dalam mangkuk yang telah diberi…pastikan tiada tepung yang jatuh keluar…

LANGKAH 3 :

Letakkan pula garam pada tepung itu dengan secukup rasa…lebih kurang setengah sudu kecil…

LANGKAH 4 :

ok sekarang, letakkan pula air secukupnya pada tepung di dalam mangkuk itu…Ingat ye murid-murid, air ini adalah untuk membuat lempeng bukannya untuk simbah kawan….

LANGKAH 5 :

Sekarang, kacau adunan tepung, garam dan air tadi dengan sebati…pastikan adun hingga sebati

LANGKAH 6 :

Dan sekarang tiba masa untuk kita mula memasak tapi sebelum itu sila pastikan anak-anak murid anda berada dalam kawalan anda sepenuhnya ini bagi menjamin keselamatan dan secara langsung dapat meningkatkan keberkesanan proses pembelajaran mereka…

Mulakan dengan memanaskan kuali dan meratakan minyak masak pada kuali tersebut…Ini bagi mengelakkan lempeng melekat terus pada kuali.

LANGKAH 7 :

Kemudian masukkan adunan tepung yang telah sebati tadi ke dalam kuali…jangan masukkan adunan itu secara berlebihan atau terlalu kurang kerana ini akan menjejaskan kualiti dan kelazatan lempeng itu nanti

LANGKAH 8 :

Ratakan tepung itu tadi pada kuali mengikut bentuk lempeng yang dikehendaki..kebiasaannya bentuk lempeng adalah bulat.. :-)

LANGKAH 9 :

Setelah dibiarkan beberapa ketika di dalam kuali, lempeng tersebut hendaklah diterbalikkan supaya kedua-dua bahagian lempeng iaitu bahagian atas dan bawah lempeng benar-benar masak.

LANGKAH 10 :

Lempeng itu tadi telah masak dan sedia untuk dikeluarkan dari dalan kuali ke pinggan…Berhati-hati ketika mengangkat lempeng tu ye kerana dikhuatiri lempeng itu terbang ke tempat lain pula…hihi.

LANGKAH 11 :

Letakkan lempeng itu di pinggan dengan berhati-hati…

LANGKAH 12 :

Siap !!! … beginilah keadaan lempeng tepung yang telah masak ye puan-puan dan sedia untuk dimakan.

LANGKAH 13 :

Langkah ini ialah langkah terakhir iaitu memakan lempeng tepung beramai-ramai dan cicah dengan sambal special yang ditempah khas.

Lempeng tepung ini boleh juga dimakan dengan gula…

SELAMAT MENCUBA !!!

Share/Save/Bookmark

Tags: