DIARI SEORANG GURU PRASEKOLAH

Perkongsian ilmu dan pengalaman mendidik kanak-kanak

Archive for the ‘Kanak-kanak’ Category

Satu lagi aktiviti prasekolah yang dijalankan pada bulan yang mulia ini. Biasanya rumah terbuka seperti ini diadakan di rumah tapi kali ini, rumah terbuka diadakan khas di kelas prasekolah. Program ini diadakan pada hari Selasa, 20 September 2011.

Dua buah kanopi ditempah khas untuk tujuan ini untuk keselesaan para tetamu yang hadir menjamu selera. Sasaran program ini ialah murid prasekolah, ibu bapa dan penjaga, semua guru dan kakitangan SK Parit Serong, guru-guru dan pembantu pengurusan murid prasekolah sekolah-sekolah berhampiran dan jemputan-jemputan khas.

Objektif program ini ialah bagi mewujudkan suasana Aidilfitri di kelas prasekolah. Dengan ini murid-murid prasekolah dapat merasakan sendiri suasana tersebut di kelas prasekolah. Selain itu, program ini juga diharapkan dapat merapatkan lagi silaturrahim sesama kita.

Ibu bapa hadir pada awal pagi membantu membuat persiapan.

Para jemputan yang hadir sedang menjamu selera.

Guru-guru prasekolah dan pembantu pengurusan murid sekolah-sekolah berhampiran turut hadir bagi memeriahkan lagi rumah terbuka kali ini.

Alhamdulillah program yang dirancang berjalan dengan lancar dan cuaca pada hari tersebut juga sangat baik. Terima kasih diucapkan kepada semua tetamu yang hadir.

Tidak dilupakan juga setinggi-tinggi penghargaan kepada pembantu pengurusan murid dan semua ibu bapa yang sibuk membantu membuat persiapan sejak dari pagi.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga kita berjumpa lagi pada Aidilfitri tahun akan datang.

Share/Save/Bookmark

Tags:

Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada semua…mohon maaf zahir dan batin…

Prasekolah SK Parit Serong juga tidak ketinggalan untuk meraikannya… Program Ziarah diadakan bersama dan melibatkan warga prasekolah, murid prasekolah dan ibu bapa.

Sempena bulan yang mulia ini, program ini diadakan untuk menjalinkan ukhwah dan merapatkan silaturrahim. Sebelum program dijalankan, guru dan ibu bapa telah bermesyuarat untuk menentukan tarikh untuk setiap rumah dan bagi memastikan progam ini berjalan dengan lancar.

Program ini diadakan selama 3 hari berturut-turut iaitu pada 6,7 dan 8 September 2011.

6 September 2011 (Selasa)

7 September 2011 (Rabu)

8 September 2011 (Khamis)

Alhamdulillah telah selesai Program Ziarah Hari Raya Aidilfitri 2011 yang berlangsung dengan lancar selama 3 hari. Semua yang mengikuti program ini berasa sangat gembira terutama kanak-kanak prasekolah.

Di harap program ini akan berlangsung lagi pada tahun hadapan dan lebih meriah dengan kehadiran ibu bapa dan ahli keluarga yang hadir.

Share/Save/Bookmark

Tags:
Jul
25

SUKAN TAHUNAN PRASEKOLAH 2011

Posted by mshalim

Seperti tahun-tahun sebelum ini, sukan prasekolah merupakan aktiviti yang diadakan pada setiap tahun untuk murid-murid prasekolah.

Oleh kerana Prasekolah hanya mempunyai satu kelas sahaja, aktiviti ini diadakan secara bersama dengan sukan tahunan Sekolah Kebangsaan Parit Serong yang melibatkan semua murid tahun 1 hingga tahun 6.

Sukan tahunan ini diadakan pada 24 Julai 2011 iaitu pada hari Ahad. Beginilah sepanjang hari sukan prasekolah 2011….

Acara individu Lari Terus 80 Meter

Acara kumpulan Kutip Bola Padat

Acara kumpulan Aiskrim Gergasi

Acara kumpulan Jumping Ball

Hadiah untuk para pemenang disampaikan oleh Guru Besar SK Parit Serong, Hj. Ahmad Yusak b. Tukiman

Setiap murid prasekolah tidak pulang dengan tangan kosong. Hadiah untuk setiap murid dan yang paling seronok sekali apabila setiap murid dihadiahkan jumping ball.

Berkolaborasi dengan guru-guru SK Parit Serong dalam menjayakan Sukan Tahunan 2011

Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Parit Serong 2011 telah berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang. Murid-murid diberi cuti selama satu hari iaitu pada 25 Julai 2011 bersamaan dengan hari Isnin.

Share/Save/Bookmark

Tags:
Mar
20

Makluman Untuk Semua !!!

Posted by mshalim

Salam hormat….

Makluman ini ditujukan kepada semua pelawat blog saya terutama sekali pelawat setia blog ini….

Saya ingin memohon maaf  sekiranya blog ini tidak memaparkan update dan maklumat terkini buat masa ini…

Ini disebabkan sekarang ini,  saya terlibat dengan beberapa projek khas di prasekolah dan akan diselesaikan dalam masa terdekat…namun sebarang komen, cadangan dan pertanyaan akan saya respon…

Harap maklum !!!….  :-)

Share/Save/Bookmark

Tags:
Jan
05

Back To School !!!

Posted by mshalim

Salam tahun baru 2011

Agak lama saya tak update…ini kerana cuti sekolah saya manfaatkan sepenuhnya dengan menyiapkan projek-projek di kelas prasekolah

Selamat datang diucapkan kepada murid-murid prasekolah yang baru untuk sesi 2011…Seperti tahun-tahun sebelum ini, macam2 ragam kanak-kanak ni tambahan pula hari pertama persekolahan…ada yang menangis, menjerit, kencing dalam seluar dan macam-macam lagi :-)….

Ada juga yang nampak bersemangat nak memulakan persekolahan….tapi itu semua biasalah lumrah kanak-kanak dan itulah yang mewarnai kelas prasekolah SK Parit Serong….

Saya sebagai guru prasekolah juga x sabar untuk menerima murid-murid baru tahun 2011 ini…dan yang lebih manis lagi kali ini saya menerima pasangan kembar….sungguh comel :-)

Inilah wajah-wajah baru murid prasekolah SK Parit Serong 2011 seramai 22 orang murid yang terdiri daripada 8 murid lelaki dan 14 murid perempuan:

FAREED NAQIUDDIN HANIS B PAIMAN

MUHAMMAD ADIB IZZAT B MAS ALI SABRAN

MUHAMMAD ALIF WAFIY B MUHAMMAD SORI

MUHAMMAD AZIZI B MOHD MAZLAN

MUHAMMAD RIDWAN ARIF B SUKIMAN

MUHAMMAD SYAHMI B SUTERIS

MUHAMMAD THAQIF B HAIRUL RIZAL

NABIL HAMIZAN B ABD KHALID

AINUR ALIAH SYADA BT MOHD HALIMAN

ALIEYA NUR FASYA BT SHAHRIZAL

MAIZATUL AQILAH BT ABDUL HALIM

NOR LYDIAWATI BT NORRISAM

NORNAQUELA BT MOHD KASPAR

NUR ALYA BATRISHA BT SHRIZAM

NUR FARISAH NABILAH BT PAIMAN

NUR HANA UMAIRAH BT MOHD AZAHAR

NUR NAQLIAH BT NGATINI

NUR SYAZWANI SYAMIMI BT ALPIAN

NURUL NABILA MAISARAH BT KADARI

SITI NURUL NAZIRAH BT MOHD SUHAINIZAM

SITI NURUL NAZURAH BT MOHD SUHAINIZAM

SITI SUHAIZA BT SHAMSULLADI

SELAMAT MAJU JAYA BUAT ANAK-ANAKKU SEKALIAN !!!

Share/Save/Bookmark

Tags:
Dec
02

Tips Pelajar Cemerlang !!!

Posted by mshalim

TIPS PELAJAR CEMERLANG


Menggunakan kedua-dua belah otak kanan dan kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.

Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa :

Kita ingat 10% apa yang dibaca

Kita ingat 20% apa yang didengar

Kita ingat 50% apa yang didengar dan dilihat

Kita ingat 70% apa yang dicakapkan

Kita ingat 90% setelah dipraktikkan.

Ciri-ciri Pelajar Cemerlang

Taat kepada Allah.

Mendirikan Sembahyang.

Menghormati kedua ibu bapa.

Hormati dan sayangi guru.

Bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja.

Suka pada setiap mata pelajaran.

Membantu rakan yang memerlukan.

Berdoa dan bersyukur kepada Allah.

Sentiasa bertawakal.

Mahir dalam setiap mata pelajaran.

Share/Save/Bookmark

Tags:
Nov
20

Hari Kecemerlangan 2010

Posted by mshalim

Hari Kecemerlangan telah diadakan pada 18 November 2010 dan telah disempurnakan oleh :

YB Tn. Hj. Sulaiman bin Razak, AMN, SMS.

Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor.

Adun Permatang.

Sekitar Hari Kecemerlangan 2010

Syabas dan tahniah kepada semua murid prasekolah sesi 2010 diatas kejayaan mengikuti kelas prasekolah dengan cemerlang sepanjang tahun 2010.


Share/Save/Bookmark

Tags:
Oct
01

Hari Raya Prasekolah 2010

Posted by mshalim

Ramadhan Al Mubarak telah berlalu dan Syawal yang mulia kini tiba…hari yang dinanti oleh semua umat Islam di seluruh dunia…tidak ketinggalan juga murid-murid prasekolah ku ini….

Setelah berhari raya bersama keluarga, sekembalinya ke sekolah aktiviti hari raya untuk kanak-kanak ini telah pun dirancang….(31 September 2010) Aktiviti berhari raya dari rumah ke rumah setiap murid prasekolah…Setiap murid terlibat dalam aktiviti ini…

Dan yang penting sekali, objektif utama aktiviti ini diadakan adalah supaya warga prasekolah dapat bermaaf-maafan di samping mengeratkan lagi silaturrahim. Murid-murid juga diterapkan dengan nilai-nilai murni seperti adab ketika menziarahi dan hormat menghormati.

Gambar-gambar ini akan saya abadikan di sini untuk kenangan bersama :

SELAMAT HARI RAYA

MAAF ZAHIR DAN BATIN

dari kami

warga PRASEKOLAH SK Parit Serong

Share/Save/Bookmark

Tags:

1- Allah menyuruh kita agar mengiktiraf akan kebesaranNya dengan mengucapkan ‘Takbir’ pada malam Aidil Fitri dengan gema yang mampu menggemparkan para syaitan.

2- Allah menyuruh kita mensyukuri segala nikmatnya dengan bertahmid dan berzikir.

3- Allah menyuruh kita supaya memohom keampunan dengan beristighfar.

4- Allah memerintahkan kita supaya mengeluarkan ‘Sadaqatul Fitri’ (membayar zakat fitrah).

5- Keluar beramai-ramai untuk menunaikan Solat Aidil Fitri dan mendengar khutbah dengan penuh penghayatan.

6- Bertemu, beramah mesra dan bermaaf-maafan sesama muslimin.

7- Menziarahi kubur dan memohon keampunan untuk ahli-ahlinya.

8- Kunjung-mengunjung dan ziarah-menziarahi untuk mengeratkan silaturrahim.

Sumber : IKRAM Sabak Bernam

Share/Save/Bookmark

Tags:
Jul
22

DO IT YOURSELF - Membuat Lempeng

Posted by mshalim

Bertemu kita dalam siri DO IT YOURSELF iaitu membuat lempeng

bagi mereka yang masih belum mengenali apa itu lempeng, lempeng ialah sejenis makanan yang berasaskan tepung…terdapat beberapa jenis lempeng antaranya ialah lempeng pisang dan lempeng tepung….

Untuk siri kita pada kali ini ialah lempeng tepung dan di sini kita dapat lihat murid prasekolah membuat sendiri lempeng tepung di bawah pengawasan guru dan pembantu pengurusan murid…

LANGKAH 1 :

Untuk permulaan dan juga sebagai set induksi, murid-murid akan diberikan taklimat dan demo bagaimana menghasilkan lempeng tepung yang lazat…pada langkah pertama ini apa yang penting ialah tumpuan murid sepenuhnya supaya murid tidak mengalami masalah ketika proses penghasilan nanti…

LANGKAH 2 :

Ok murid-murid, sekarang giliran kamu pula untuk membuat lempeng…hihi…letakkan 3 sudu tepung dalam mangkuk yang telah diberi…pastikan tiada tepung yang jatuh keluar…

LANGKAH 3 :

Letakkan pula garam pada tepung itu dengan secukup rasa…lebih kurang setengah sudu kecil…

LANGKAH 4 :

ok sekarang, letakkan pula air secukupnya pada tepung di dalam mangkuk itu…Ingat ye murid-murid, air ini adalah untuk membuat lempeng bukannya untuk simbah kawan….

LANGKAH 5 :

Sekarang, kacau adunan tepung, garam dan air tadi dengan sebati…pastikan adun hingga sebati

LANGKAH 6 :

Dan sekarang tiba masa untuk kita mula memasak tapi sebelum itu sila pastikan anak-anak murid anda berada dalam kawalan anda sepenuhnya ini bagi menjamin keselamatan dan secara langsung dapat meningkatkan keberkesanan proses pembelajaran mereka…

Mulakan dengan memanaskan kuali dan meratakan minyak masak pada kuali tersebut…Ini bagi mengelakkan lempeng melekat terus pada kuali.

LANGKAH 7 :

Kemudian masukkan adunan tepung yang telah sebati tadi ke dalam kuali…jangan masukkan adunan itu secara berlebihan atau terlalu kurang kerana ini akan menjejaskan kualiti dan kelazatan lempeng itu nanti

LANGKAH 8 :

Ratakan tepung itu tadi pada kuali mengikut bentuk lempeng yang dikehendaki..kebiasaannya bentuk lempeng adalah bulat.. :-)

LANGKAH 9 :

Setelah dibiarkan beberapa ketika di dalam kuali, lempeng tersebut hendaklah diterbalikkan supaya kedua-dua bahagian lempeng iaitu bahagian atas dan bawah lempeng benar-benar masak.

LANGKAH 10 :

Lempeng itu tadi telah masak dan sedia untuk dikeluarkan dari dalan kuali ke pinggan…Berhati-hati ketika mengangkat lempeng tu ye kerana dikhuatiri lempeng itu terbang ke tempat lain pula…hihi.

LANGKAH 11 :

Letakkan lempeng itu di pinggan dengan berhati-hati…

LANGKAH 12 :

Siap !!! … beginilah keadaan lempeng tepung yang telah masak ye puan-puan dan sedia untuk dimakan.

LANGKAH 13 :

Langkah ini ialah langkah terakhir iaitu memakan lempeng tepung beramai-ramai dan cicah dengan sambal special yang ditempah khas.

Lempeng tepung ini boleh juga dimakan dengan gula…

SELAMAT MENCUBA !!!

Share/Save/Bookmark

Tags: