DIARI SEORANG GURU PRASEKOLAH

Perkongsian ilmu dan pengalaman mendidik kanak-kanak

Archive for the ‘Kanak-kanak’ Category

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan menyediakan peluang kepada kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun untuk mencapai objektif dalam aspek jasmani, emosi, sosial, intelek dan rohani seperti berikut :

1- Membina kecergasan badan.

2- Mempunyai tubuh badan yang sihat.

3- Mempraktikkan amalan kesihatan yang baik.

4- Mempraktikkan langkah-langkah menjaga keselamatan diri.

5- Menguasai kemahiran motor halus dan asas motor kasar.

6- Mempunyai kematangan emosi.

7- Mempunyai konsep kendiri yang positif dan jati diri.

8- Berani menyuarakan pandangan dan perasaan.

9- Berkebolehan berinteraksi dengan orang lain

10- Boleh bekerja secara bersendirian dan juga bekerja secara berkumpulan.

11- Menghormati perasaan serta hak orang lain dan seterusnya membentuk perhubungan yang positif dengan orang dewasa dan rakan sebaya.

12- Mengamalkan nilai-nilai murni.

13- Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam.

14- Berkomunikasi menggunakan Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan bahasa penghantar dalam konteks kehidupan harian.

15- Meneroka persekitaran menggunakan kemahiran proses sains asas.

16- Menggunakan kemahiran matematik asas dalam menjalankan tugasan harian dan menyelesaikan masalah.

17- Menggunakan kemahiran berfikir kritis, kreatif dan inovatif dalampembelajaran dan kehidupan seharian.

18- Mengembangkan daya kreatif dan estetika.

19- Menghargai keindahan alam dan warisan budaya.

Sumber : Kementerian Pelajaran Malaysia

Share/Save/Bookmark

Tags:
Dec
08

Konsep Pendidikan Prasekolah

Posted by mshalim

Merupakan pendidikan yang tidak formal dan fleksibel. Kaedah pembelajaran dan pengajarannya menggunakan pendekatan belajar melalui bermain. Aktiviti yang dirancang menitikberatkan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang. Di samping menekankan aktiviti yang boleh merangsang naluri ingin tahu, mengukuhkan koordinasi motor kasar dan halus, menggunakan daya kreatif, memupuk semangat bekerjasama, sifat hormat menghormati dan berdisiplin bagi menyediakan mereka mengikuti pembelajaran dan pengajaran yang lebih formal di sekolah rendah.

Sumber : Kementerian Pelajaran Malaysia

Share/Save/Bookmark

Tags:
Dec
08

Matlamat Pendidikan Prasekolah

Posted by mshalim

Pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.

Sumber : Kementerian Pelajaran Malaysia

Share/Save/Bookmark

Tags:
Nov
23

Kenangan Abadi Prasekolah 2009

Posted by mshalim

Tanpa disedari kita telah sampai ke penghujung tahun 2009..Rasanya macam baru je saya sambut budak-budak ini masuk ke prasekolah saya..Kini mereka telah selesai menuntut selama setahun di sini..

Sedih ada, gembira pun ada setiap kali hujung tahun macam ni..

Sedih kerana terpaksa berpisah dengan mereka..gembira sebab dapat melihat mereka naik ke tahun satu untuk melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi lagi…

Ku abadikan kenangan ku bersama mereka di dalam potret ini..

Semoga Berjaya anak-anakku sekalian…

Share/Save/Bookmark

Tags:
Nov
20

UPSR Cemerlang

Posted by mshalim

Pada hari yang sama dengan Hari Kecemerlangan, kami telah dikhabarkan dengan berita gembira iaitu keputusan UPSR.

Daripada 48 orang calon yang menduduki UPSR, 7 daripadanya telah mendapat keputusan 5A dalam UPSR baru-baru ini.

Secara x langsung, saya jadi jurugambar terhormat shoot picture dieorang ni bergambar dengan ibu bapa masing-masing… Smile !!! :-)

Share/Save/Bookmark

Tags:

Hari Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Parit Serong diadakan pada 19 November 2009..

Event ini diadakan bagi memberi penghargaan kepada murid-murid yang mempunyai prestasi yang cemerlang dan mengharumkan nama sekolah.

Murid Prasekolah diberi penghargaan pada hari ini kerana telah mengikuti kelas prasekolah sepanjang tahun 2009. Murid di atas adalah sebahagian murid-murid saya dan tahun ini saya dikurniakan sepasang murid kembar…

agaknya bila lagi ye dapat murid kembar mcm ni.. :-)

Pada hari ini, murid prasekolah diberi penghormatan untuk membuat persembahan dan ini gambar ketika mereka bersiap sedia untuk membuat persembahan.

So how ?!..cute x budak2 ni ?? .. :-)

Share/Save/Bookmark

Tags:
Nov
17

Persiapan untuk Hari Kecemerlangan 2009

Posted by mshalim

Hari Kecemerlangan SK Parit Serong 2009 bakal menjelang tidak lama lagi..

Majlis Konvokesyen untuk murid Prasekolah juga diadakan sekali dengan majlis tersebut.

Segala persiapan telah dilakukan untuk sempena hari yang bersejarah itu. Antaranya ialah menyediakan sijil, pakaian, pelbagai hadiah dan lain-lain persiapan.

Antara hadiah yang diberikan untuk semua murid prasekolah ialah Sijil Pengijtirafan, set alat tulis, pensel warna, jam tangan dan beg sekolah. Set alat tulis, pensel warna dan jam tangan saya sediakan di dalam beg ready made yang berwarna merah itu..any comment ?!..

Share/Save/Bookmark

Tags:
Oct
28

Sukan Tahunan SKPS 2009

Posted by mshalim

Beginilah wajah-wajah ceria sekitar Hari Sukan Tahunan SK Parit Serong 2009 yang diadakan pada 24 Oktober 2009 bersamaan Hari Sabtu yang lepas …

Murid Prasekolah melibatkan diri sepenuhnya dalam menyumbang mata kepada rumah-rumah sukan dan apa yang paling bermakna, setiap murid prasekolah mendapat hadiah…

Ibu bapa juga tidak ketinggalan dalam mengambil acara yang dipertandingkan untuk ibu bapa..

Apa yang penting, Sukan Tahunan ini berjalan dengan lancar mengikut seperti yang telah dirancangkan dan semua pihak yang terdiri dari guru, murid-murid dan ibu bapa melibatkan diri sepenuhnya dalam Sukan Tahunan kali ini.. Syabas dan Tahniah !!!

Share/Save/Bookmark

Tags:
Oct
23

Latihan Sukan Tahunan 2009

Posted by mshalim

Tanggal 19 - 23 Oktober 2009 merupakan sesi latihan untuk persiapan acara sukan tahunan SK Parit Serong. Ia merupakan acara tahunan pihak sekolah dan Prasekolah juga terlibat sama dalam menjayakan acara yang berprestij ini.. :-) .

Beginilah suasana sekitar hari latihan dijalankan. Semua murid tidak sabar-sabar menanti hari sukan sebenar iaitu pada tarikh 24 Oktober 2009 bersamaan dengan hari Sabtu..

Semua murid memberikan kerjasama dalam menjalani sesi latihan dan raptai penuh. Semua guru juga terlibat dalam membimbing dan memberi tunjuk ajar tentang acara yang dipertandingkan pada hari sukan itu nanti.

Share/Save/Bookmark

Tags:
Oct
15

Happy Birthday

Posted by mshalim

Ini ialah rutin bulanan murid prasekolah ini setiap bulan. Setiap bulan kami akan mengadakan sambutan hari jadi untuk mereka yang menyambut ulang tahunnya pada bulan tersebut.

Walaupun kek ini nampak simple tp “don’t judge a book by its cover”. Kek ini memang lazat dan menepati ciri-ciri kek coklat sejati dan dijamin halal. Setakat ini saya hanya membeli kek dari kedai tersebut. Setiap kali sambutan hari jadi ini diadakan, kek coklat gerenti licin. Walaupun perut dah kenyang dengan makanan yang lain tapi kek coklat ini masih boleh licin..cikgu cuma dapat ambil bau je..hahaha..

p.s: Topi harijadi yang dipakai itu adalah hasil buatan mereka sendiri..cuma belumĀ  sempat je nak hias topi-topi itu.. :-) .

Share/Save/Bookmark

Tags: