Salam hormat….paparan kali ini adalah hasil perkongsian idea daripada salah seorang kenalan saya di Facebook iaitu adik Sarah Najihah Mohamad Fauzi…
Beliau menghasilkan mini aquarium daripada botol minuman yang sudah tidak digunakan lagi. Terima kasih kepada beliau di atas perkongsian idea dan kesudian beliau untuk berkongsi cara menghasilkan mini aquarium di sini.

1- Sediakan barang dan peralatan yang diperlukan…botol plastik minuman, batu perhiasan, ikan, gunting dan pisau.

2- Botol plastik tersebut dipotong pada bahagian seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas. Botol terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian atas dan bahagian bawah.

3- Letakkan bahagian atas botol pada bahagian bawah botol seperti kedudukan dalam gambar di atas. Bahagian atas berfungsi sebagai mini aquarium dan bahagian bawah botol berfungsi sebagai pemegang aquarium. Masukkan batu hiasan ke dalam botol tersebut.

4- Isikan air pada botol dan jangan isi sehingga penuh.

5- Masukkan ikan ke dalam botol yang telah diisi dengan air itu tadi. Jeng jeng jeng…siap sudah mini aquarium….
Sekarang kita lihat bagaimana hendak menukar air pada mini aquarium ini :


Keluarkan bahagian atas botol yang berisi air daripada bahagian bawah botol. Buka penutup botol dan buang air itu dan ganti dengan air yang baru dan siap.
Mudah bukan…setiap orang pasti mampu menghasilkannya. Mungkin anda dapat menghasilkan mini aquarium yang cantik seperti ini…
SELAMAT MENCUBA !!!
















