

Selamat datang ke mini aquaria di prasekolah…masuk adalah percuma !!! hihi…
Inilah antara bahan dan haiwan maujud di kelas prasekolah saya. Selain menjadikan kelas lebih ceria, ia juga boleh dijadikan sebagai bahan bantu mengajar…sesuai juga untuk tema haiwan di air…
Apa yang ingin dikongsi disini ialah usia aquarium ini telah hampir 10 tahun dan keadaannya sebelum ini adalah uzur…sedih saya melihatnya
Tapi setelah diberi sedikit sentuhan dan diakhiri dengan proses mengecat, beginilah hasil yang dapat anda saksikan.

Ini pula reaksi kanak-kanak setelah melihat sesuatu yang baru di kelas saya…dan saya telah membahagikan tugas kepada mereka untuk memberikan makanan kepada ikan-ikan secara bergilir-gilir.
Moral daripada kisah ini ialah sentiasa mengasihi haiwan kerana mereka juga ingin dikasihani dan kitar semula bahan atau barang yang telah uzur dan maksimumkan penggunaan bahan tersebut.
p/s : Ini adalah wajah terbaru aquaria di pra :




Add A Comment