DIARI SEORANG GURU PRASEKOLAH

Perkongsian ilmu dan pengalaman mendidik kanak-kanak

Oct
01

Daya imaginasi kanak-kanak

Posted by mshalim

Oh anak-anakku !!!

Agaknye apalah yang ada dalam fikiran mereka ni dan apa sebenarnya yang mereka sedang bina.

Alangkah seronoknya kalau saya juga kanak-kanak seperti mereka..Kanak-kanak mempunyai daya imaginasi mereka yang tersendiri dan daya imaginasi mereka melebihi imaginasi orang dewasa..

Contohnya, kanak-kanak mengimaginasi yang mereka boleh terbang tinggi di awan bersama rakan-rakan sedangkan imaginasi kita yang dewasa ini dibatasi dengan logik akal.

Itulah keistimewaan kanak-kanak..Sekiranya dapat diundurkan masa, inginku kembali ke zaman kanak-kanak..

Kongsi apa yang pernah ada dalam imaginasi anda semasa anda kanak-kanak !!!

Share/Save/Bookmark

Tags:
  1. Fid Said,

    anak saya ada masalah dengan persekitarannya yang sering ‘mencantas’ imaginasinya…anak saya memang kuat berimaginasi….macam-macam dia create tapi ada pihak (kat taman asuhan kan pelbagaian latar belakang kanak-kanak) akan menidakkan apa dia buat..maka kalau time saya jemput dia balik memang dia akan buat report cerita orang itu orang inilah….imaginasi kuat..tapi baca buku tak tahu lagi!

  2. mshalim Said,

    Itulah yang dinamakan imaginasi yang terbantut. Ada kalanya pengasuh atau guru terlalu bertegas dengan kanak-kanak. Ini kanak-kanak bukannya kem tentera. itu tidak boleh dan ini tidak boleh.
    Dengan kanak-kanak kite perlu lebih fleksibel. Guru pula tidak boleh terlalu mengikut sukatan pelajaran kerana setiap kanak-kanak mempunyai tahap perkembangan yang berbeza. Apa yang kita perlu lakukan ialah latih kanak-kanak untuk lebih kreatif dan asah bakatnya di samping mengetahui garis panduan dan batas-batas yang telah ditetapkan.
    Kanak-kanak mempunyai daya imaginasi yang istimewa. Jadi, asahlah daya imaginasi tersebut supaya ia dapat berkembang menjadi satu bakat.

  3. Ah Jyee Said,

    sy selalu berinteraksi dgn knak2 sebelum menyambung pelajaran sy..memang knak2 mempunyai daya imaginasi yang tinggi hinggakan y sendiri ‘kembali’ ke zaman knak2 sy..disebabkan oleh minat sy terhadap knak2 terutamanya yang berusia 7 tahun ke bawah sy memilih prasekolah..dan kini sy bakal menjadi seorang guru prasekolah..imaginasi sy untuk menjadi seorang guru prasekolah kini bukan sekadar imaginasi lagi..apa yang sy dapat katakan ialah, imaginasi dapat membantu dalam merealisasikan apa yang kita imaginasikan..daya imaginasi wajib untuk diasahkan sejak dari bangku sekolah..

  4. mshalim Said,

    Syabas…apa yang saya dapat katakan disini anda pasti akan merasa kelainan setelah anda menjadi guru prasekolah nanti…lebih seronok dan lebih fleksibel bercampur dgn kanak-kanak berusia seawal 5 tahun ini…apa yang penting sekarang ialah kepuasan dalam mendidik kanak-kanak tersebut…

Add A Comment