
Ya aku adalah sepohon pokok mangga yang masih kecil..Awal pagi tadi seorang lelaki telah menanam diriku yang kerdil ini di satu kawasan..dan terus menyiram diriku ini…alangkah segar rasanya…
Lelaki itu membisikkan kepadaku supaya semoga membesar dengan sihat dan kuat dan kulihat wajahnya sedih…kutanya pada lelaki itu mengapa…dengan sedih lelaki itu menjawab sebelum ini dia telah menanam 4 pokok mangga dan 2 pokok rambutan…disangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari…1 pokok rambutannya telah mati kerana ditebas oleh pemotong rumput secara tak sengaja…
Barulah ku tahu mengapa lelaki itu bersedih…aku di tanam di kawasan ini bagi menggantikan saudaraku yang telah mati iaitu pokok rambutan…Saban hari ku perhatikan tingkah laku lelaki itu dan apa yang dapat ku nyatakan di sini lelaki itu sangat cintakan alam sekitar dan sayang kepada pokok-pokoknya termasuklah diriku ini…lelaki yang kumaksudkan ialah Cikgu Halim dan kawasan yang kumaksudkan ialah Prasekolah SK Parit Serong.



Add A Comment