
Satu lagi aktiviti prasekolah yang dijalankan pada bulan yang mulia ini. Biasanya rumah terbuka seperti ini diadakan di rumah tapi kali ini, rumah terbuka diadakan khas di kelas prasekolah. Program ini diadakan pada hari Selasa, 20 September 2011.
Dua buah kanopi ditempah khas untuk tujuan ini untuk keselesaan para tetamu yang hadir menjamu selera. Sasaran program ini ialah murid prasekolah, ibu bapa dan penjaga, semua guru dan kakitangan SK Parit Serong, guru-guru dan pembantu pengurusan murid prasekolah sekolah-sekolah berhampiran dan jemputan-jemputan khas.
Objektif program ini ialah bagi mewujudkan suasana Aidilfitri di kelas prasekolah. Dengan ini murid-murid prasekolah dapat merasakan sendiri suasana tersebut di kelas prasekolah. Selain itu, program ini juga diharapkan dapat merapatkan lagi silaturrahim sesama kita.

Ibu bapa hadir pada awal pagi membantu membuat persiapan.




Para jemputan yang hadir sedang menjamu selera.

Guru-guru prasekolah dan pembantu pengurusan murid sekolah-sekolah berhampiran turut hadir bagi memeriahkan lagi rumah terbuka kali ini.
Alhamdulillah program yang dirancang berjalan dengan lancar dan cuaca pada hari tersebut juga sangat baik. Terima kasih diucapkan kepada semua tetamu yang hadir.
Tidak dilupakan juga setinggi-tinggi penghargaan kepada pembantu pengurusan murid dan semua ibu bapa yang sibuk membantu membuat persiapan sejak dari pagi.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga kita berjumpa lagi pada Aidilfitri tahun akan datang.



Add A Comment