
Setelah sekian lama, baru hari ini berpeluang untuk membandingkan dan membuat eksperimen ke atas dua perkhidmatan broadband yang disediakan oleh dua syarikat telekomunikasi ini iaitu CELCOM dan MAXIS. Sebelum ini saya adalah pengguna CELCOM broadband dan telah menggunakannya selama 2 tahun. Kini saya baru mendaftar sebagai pengguna MAXIS Broadband Saya test kelajuan kedua2-dua broadband di kawasan yang mempunyai 3G dan berikut adalah hasil eksperimen yang saya lakukan :
Ini ialah result CELCOM Broadband pakej RM 68 setiap bulan. Lihat kelajuan download dan upload di dalam gambar yang telah saya tandakan dengan bulatan berwarna merah.
Download speed = 0.29 Mb/s
Upload speed = 0.05 Mb/s
Ini pula adalah result MAXIS Broadband juga pakej RM 68 setiap bulan. Lihat kelajuan download dan upload di dalam gambar yang telah saya tandakan dengan bulatan berwarna merah.
Download speed = 1.90 Mb/s
Upload speed = 0.12 Mb/s
Itulah hasil eksperimen yang saya jalankan untuk kedua2 broadband syarikat telekomunikasi ini..Jadi terpulang pada anda untuk membuat bandingan dan memilih yang mana satu adalah terbaik..
p/s: Anda juga boleh menguji kelajuan internet anda di speedtest.net



Yup maxis sememangnya memberi perkhidmatan yang lebih baik dari
celcom. Apa pun dari masa ke semasa dua syarikat ini sentiasa bersaing.
Menyebabkan harga semakin rendah dan servis semakin bagus.
Kita tunggu ajelah, Yang untungnya kita juga nanti
Setuju…memang itu yang kite harapkan…servis semakin baik….coverage semakin luas n speed makin pantas…
sy dpt nh http://www.speedtest.net/result/1280696355.png
ya …semamangnya itu yang kita harap kan…
Add A Comment