DIARI SEORANG GURU PRASEKOLAH

Perkongsian ilmu dan pengalaman mendidik kanak-kanak

Jun
15

Projek Mengecat Mini Drawer

Posted by mshalim

Salam buat semua…setelah agak lama menyepi, baru hari ini saya dapat berkongsi sesuatu di sini…

Dengan iklim di Malaysia, panas dan lembab sepanjang tahun…ia sedikit sebanyak telah melunturkan warna mini drawer dan ia membuatkannya kelihatan tidak menarik…macam ni lah rupanya…

Kesian kan…x sanggup membiarkan ia lapok dek hujan, lekang dek panas…lima warna telah menjadi pilihanku supaya ia kelihatan lebih menarik iaitu merah, kuning, biru, ungu dan hijau.

Ambil waktu senggang seperti waktu rehat dan waktu balik untuk menjalankan projek ini…jadi kanak-kanak prasekolah pun akan memerhati apa yang cikgu dia sedang lakukan.

Beginilah hasilnya…beberapa set mini drawer berjaya di cat semula untuk menyerlahkan lagi kewujudannya…

Siap 6 set semuanya…yg ada dalam gambar cuma tiga…lepas ini bolehla kite labelkan untuk alat-alat tulis dan peralatan lain di kelas prasekolah…. :-)

Share/Save/Bookmark

Matlamat

Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada seorang guru yang telah menghasilkan usaha kreatif dan inovatif bagi menjamin keberkesanan pelaksanaan kurikulum dan meningkatkan profesionalisme keguruan.

Objektif

1- Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada seorang guru yang telah melahirkan idea dan usaha yang kreatif dan inovatif dalam pelaksanaan kurikulum.

2- Menyediakan ruang dan peluang bagi seorang guru menampilkan kreativiti dan inovasi dalam pelaksanaan kurikulum.

3- Menggalakkan guru berikhtiar mencari dan mencuba idea-idea baru dalam pelaksanaan kurikulum untuk mencapai kecemerlangan dalam profesion keguruan.

4- Menyebarkan maklumat berkaitan inovasi dan kreativiti guru dalam pelaksanaan kurikulum untuk dimanfaatkan oleh para pendidik yang lain.

Konsep Inovasi

1- Inovasi diertikan sebagai penghasilan produk atau kaedah yang baru ke arah keberkesanan pelaksanaan kurikulum. Konsep inovasi dalam pemberian anugerah ini meliputi aktiviti yang menglibatkan pembaharuan dan perubahan yang positif dalam pelaksanaan kurikulum dan aktiviti kurikulum yang berkaitan dengan kurikulum di peringkat sekolah. Pelaksanaan kurikulum merujuk kepada usaha melaksanakan kurikulum melalui bahan-bahan kurikulum, teknologi pendidikan, kaedah pengajaran dan pembelajaran serta penilaian pembelajaran. Pembaharuan ini terjelma melalui cara, kaedah, teknik atau pendekatan baru yang meningkatkan pembelajaran.

2- Perubahan ini mesti menunjukkan sifat-sifat baru dan asli untuk mencapai keberkesanan dalam pelaksanaan kurikulum di sekolah.

3- Kecekapan dan keberkesanan penggunaan pendekatan yang inovatif perlu mengambil kira kesesuaian kos, masa, tenaga dan penggunaannya.

4- Hasil inovasi guru tersebut telah dilaksanakan dan boleh dipraktikkan di sekolah dan dibuktikan kejayaanya.

Kriteria Pemilihan

Pejabat Pelajaran Daerah mengemukakan satu calon bagi setiap kategori mewakili daerah masing-masing. Kriteria yang akan digunakan dalam penilaian hasil inovasi adalah seperti berikut :

1- Pengenalan idea baru dan asli  30%

2- Bentuk inovasi  15%

3- Peningkatan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran  30%

4- Kesan kos dan operasi  10%

5- Peningkatan tahap kepuasan hati guru dan pelajar  15%

Sumber : Jabatan Pelajaran Negeri Selangor

Alhamdulillah setelah menepati kriteria-kriteria yang telah ditetapkan, ditambah pula dengan usaha, sokongan dan berkat doa semua pihak…akhirnya Anugerah Guru Inovatif Prasekolah Negeri Selangor 2011 telah disandang oleh Guru Prasekolah SK Parit Serong….

SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN KEPADA SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT !!!

Share/Save/Bookmark

Mar
20

Makluman Untuk Semua !!!

Posted by mshalim

Salam hormat….

Makluman ini ditujukan kepada semua pelawat blog saya terutama sekali pelawat setia blog ini….

Saya ingin memohon maaf  sekiranya blog ini tidak memaparkan update dan maklumat terkini buat masa ini…

Ini disebabkan sekarang ini,  saya terlibat dengan beberapa projek khas di prasekolah dan akan diselesaikan dalam masa terdekat…namun sebarang komen, cadangan dan pertanyaan akan saya respon…

Harap maklum !!!….  :-)

Share/Save/Bookmark

Jan
24

Kempen Sayangi Buku Teks Anda

Posted by mshalim

PENGENALAN

Seperti yang diketahui, Kementerian Pelajaran Malaysia telah membekalkan bantuan buku teks secara percuma kepada semua murid. Ini bertujuan semua murid berpeluang sama rata menggunakan buku teks dalam melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Jawatankuasa Skim Pinjaman Buku Teks telah melaksanakan kempen penjagaan buku teks di sekolah sebagai salah satu langkah murid-murid mengetahui kepentingan penjagaan buku teks dan menyayanginya supaya ianya dapat digunakan untuk generasi seterusnya.

MATLAMAT

Mendedahkan pelajar tentang kepentingan dan cara-cara penjagaan buku teks dengan baik dan melahirkan insan yang menghargai dan bersyukur dengan nikmat yang diperolehi.

OBJEKTIF

1- Proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan sempurna

2- Mengetahui kepentingan dan cara-cara penjagaan buku teks yang berkesan.

3- Melahirkan insan yang bersyukur dan menghargai nikmat yang telah diberikan.

SASARAN

Semua murid Sekolah Kebangsaan Parit Serong

AKTIVITI-AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN

1- Tunjuk cara membalut buku teks dan penjagaannya (Tahap 1).

2- Pertandingan membalut buku teks (Tahap 1).

3- Pertandingan mewarna kulit buku teks (Tahap 1).

4- Pertandingan melukis kulit buku teks (Tahap 2).

5- Pertandingan buku teks tercantik/ kemas (Tahun 1 hingga 6).

6- Pertandingan mengarang ‘Kepentingan Penjagaan Buku Teks’.

# Kempen ini mengambil masa seminggu menggunakan waktu pelajaran Muzik, Pendidikan Seni dan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan semasa sesi persekolahan.

# Semua AJK SPBT(Skim Pinjaman Buku Teks), guru-guru yang mengajar mata pelajaran Muzik, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dan Pendidikan Seni terlibat dalam menjayakan kempen ini.

” SAYANGI BUKU TEKS ANDA “

Share/Save/Bookmark

Jan
08

Majlis Persaraan Pn. Noor Zalina

Posted by mshalim

PN. NOOR ZALINA BT. MOHD TAHIR

Guru Besar SK Parit Serong

( 1 Februari 2005 - 10 Januari 2011 )

Hari Jumaat bersamaan dengan 7 Januari 2011 merupakan hari terakhir Pn. Noor Zalina bt. Mohd Tahir di SK Parit Serong kerana selepas ini beliau akan bersara dan berakhirlah tugas beliau di sekolah ini…..

Puan Noor Zalina bt. Mohd Tahir merupakan seorang anak kerani yang dilahirkan pada tanggal 11 Januari 1956, di Hospital Kuala Lumpur. Beliau merupakan anak yang kedua daripada 9 orang adik beradik yang terdiri daripada 4 orang lelaki dan 5 orang perempuan.

Sewaktu kecil, beliau pernah menuntut di Sekolah Rendah Convent Sentul, Kuala Lumpur. Kemudian pada zaman remajanya, beliau menuntut di Sekolah Menengah Convent, Sentul Kuala Lumpur dan kemudiannya telah menyambung pelajarannya di St. John Institutions. Beliau kemudiannya ditawarkan menyambung pengajian peringkat Diploma Sains dan Pendidikan selama 3 tahun bermula pada 1976 hingga 1979 di Universiti Pertanian Malaysia yang kini  dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia.

Beliau pernah bercita-cita untuk menjadi seorang kerani kerana ingin mengikuti jejak langkah ayahnya. Tetapi dengan kesungguhan dan tekad yang tinggi, akhirnya beliau menjadi seorang guru.

Beliau mula bertugas di Sekolah Sultan Abdul Samad di Teluk Dato’ Banting selama 14 tahun mulai ahun 1979 sehingga 1992 dengan menjawat jawatan sebagai guru biasa dan mengajar mata pelajaran sains hayat.

Beliau kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di Sekolah Rendah Methodist, Pelabuhan Klang dari tahun 1992 hingga 1993. Setelah berkhidmat hampir 2 tahun, beliau kemudiannya sekali lagi ditukarkan ke Sekolah Kebangsaan Jalan Bomba juga menjawat jawatan sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

Seterusnya pada 16 November 1996 beliau telah dinaikkan pangkat sebagai guru besar di Sekolah Kebangsaan Sungai Burung sehingga 31 Januari 2005. Akhir perkhidmatannya beliau telah berkhidmat di sekolah sekarang ini iaitu Sekolah Kebangsaan Parit Serong. Beliau mula berkhidmat di sekolah ini pada 1 Februari 2005 sehingga pada 10 Januari 2011.

Beliau menamatkan zaman bujang beliau pada tahun 1984 dengan seorang jejaka tampan yang bernama Faham bin Kosiran yang beliau kenali semasa bertugas bersama di Sekolah Sultan Abdul Samad, Banting. Hasil perkahwinan yang dibina hampir 27 tahun, pasangan ini telah dikurniakan 3 orang anak yang terdiri daripada seorang lelaki dan 2 orang perempuan.

Sepanjang 6 tahun beliau berkhidmat di sekolah ini, banyak jasa dan pengorbanan yang beliau telah sumbangkan tanpa mengenal erti penat lelah serta tidak mengharapkan balasan kerana beliau percaya bahawa sesuatu yang dilakukan dengan ikhlas itu lebih penting tanpa mengharapkan balasan atau pujian.

Ketegasan beliau disegani oleh pelajar dan guru. Kemesraan beliau telah membuatkan kami menyayangi beliau, Kepergian beliau, terpaksa kami akur kerana kami memahami beliau telah bersara wajib dalam perkhidmatan beliau.

Semoga beliau beroleh kebahagiaan dan kesejahteraan di masa depan dan selamat maju jaya !!!….

Dan kenangan ini diabadikan di sekitar majlis persaraan beliau :

Majlis penyampaian cenderahati daripada warga Prasekolah

Persembahan daripada wakil murid-murid SK Parit Serong

Kek untuk sambutan persaraan dan hari jadi beliau

Murid Prasekolah juga memberi penghormatan terakhir kepada guru besar


Pn Noor Zalina diarak dengan menaiki jip yang telah ditempah khas untuk majlis persaraan beliau.

Share/Save/Bookmark

Jan
05

Back To School !!!

Posted by mshalim

Salam tahun baru 2011

Agak lama saya tak update…ini kerana cuti sekolah saya manfaatkan sepenuhnya dengan menyiapkan projek-projek di kelas prasekolah

Selamat datang diucapkan kepada murid-murid prasekolah yang baru untuk sesi 2011…Seperti tahun-tahun sebelum ini, macam2 ragam kanak-kanak ni tambahan pula hari pertama persekolahan…ada yang menangis, menjerit, kencing dalam seluar dan macam-macam lagi :-)….

Ada juga yang nampak bersemangat nak memulakan persekolahan….tapi itu semua biasalah lumrah kanak-kanak dan itulah yang mewarnai kelas prasekolah SK Parit Serong….

Saya sebagai guru prasekolah juga x sabar untuk menerima murid-murid baru tahun 2011 ini…dan yang lebih manis lagi kali ini saya menerima pasangan kembar….sungguh comel :-)

Inilah wajah-wajah baru murid prasekolah SK Parit Serong 2011 seramai 22 orang murid yang terdiri daripada 8 murid lelaki dan 14 murid perempuan:

FAREED NAQIUDDIN HANIS B PAIMAN

MUHAMMAD ADIB IZZAT B MAS ALI SABRAN

MUHAMMAD ALIF WAFIY B MUHAMMAD SORI

MUHAMMAD AZIZI B MOHD MAZLAN

MUHAMMAD RIDWAN ARIF B SUKIMAN

MUHAMMAD SYAHMI B SUTERIS

MUHAMMAD THAQIF B HAIRUL RIZAL

NABIL HAMIZAN B ABD KHALID

AINUR ALIAH SYADA BT MOHD HALIMAN

ALIEYA NUR FASYA BT SHAHRIZAL

MAIZATUL AQILAH BT ABDUL HALIM

NOR LYDIAWATI BT NORRISAM

NORNAQUELA BT MOHD KASPAR

NUR ALYA BATRISHA BT SHRIZAM

NUR FARISAH NABILAH BT PAIMAN

NUR HANA UMAIRAH BT MOHD AZAHAR

NUR NAQLIAH BT NGATINI

NUR SYAZWANI SYAMIMI BT ALPIAN

NURUL NABILA MAISARAH BT KADARI

SITI NURUL NAZIRAH BT MOHD SUHAINIZAM

SITI NURUL NAZURAH BT MOHD SUHAINIZAM

SITI SUHAIZA BT SHAMSULLADI

SELAMAT MAJU JAYA BUAT ANAK-ANAKKU SEKALIAN !!!

Share/Save/Bookmark

Dec
02

Tips Pelajar Cemerlang !!!

Posted by mshalim

TIPS PELAJAR CEMERLANG


Menggunakan kedua-dua belah otak kanan dan kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.

Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa :

Kita ingat 10% apa yang dibaca

Kita ingat 20% apa yang didengar

Kita ingat 50% apa yang didengar dan dilihat

Kita ingat 70% apa yang dicakapkan

Kita ingat 90% setelah dipraktikkan.

Ciri-ciri Pelajar Cemerlang

Taat kepada Allah.

Mendirikan Sembahyang.

Menghormati kedua ibu bapa.

Hormati dan sayangi guru.

Bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja.

Suka pada setiap mata pelajaran.

Membantu rakan yang memerlukan.

Berdoa dan bersyukur kepada Allah.

Sentiasa bertawakal.

Mahir dalam setiap mata pelajaran.

Share/Save/Bookmark

Nov
20

Hari Kecemerlangan 2010

Posted by mshalim

Hari Kecemerlangan telah diadakan pada 18 November 2010 dan telah disempurnakan oleh :

YB Tn. Hj. Sulaiman bin Razak, AMN, SMS.

Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor.

Adun Permatang.

Sekitar Hari Kecemerlangan 2010

Syabas dan tahniah kepada semua murid prasekolah sesi 2010 diatas kejayaan mengikuti kelas prasekolah dengan cemerlang sepanjang tahun 2010.


Share/Save/Bookmark

This post is password protected. To view it please enter your password below:


Share/Save/Bookmark

Oct
01

Hari Raya Prasekolah 2010

Posted by mshalim

Ramadhan Al Mubarak telah berlalu dan Syawal yang mulia kini tiba…hari yang dinanti oleh semua umat Islam di seluruh dunia…tidak ketinggalan juga murid-murid prasekolah ku ini….

Setelah berhari raya bersama keluarga, sekembalinya ke sekolah aktiviti hari raya untuk kanak-kanak ini telah pun dirancang….(31 September 2010) Aktiviti berhari raya dari rumah ke rumah setiap murid prasekolah…Setiap murid terlibat dalam aktiviti ini…

Dan yang penting sekali, objektif utama aktiviti ini diadakan adalah supaya warga prasekolah dapat bermaaf-maafan di samping mengeratkan lagi silaturrahim. Murid-murid juga diterapkan dengan nilai-nilai murni seperti adab ketika menziarahi dan hormat menghormati.

Gambar-gambar ini akan saya abadikan di sini untuk kenangan bersama :

SELAMAT HARI RAYA

MAAF ZAHIR DAN BATIN

dari kami

warga PRASEKOLAH SK Parit Serong

Share/Save/Bookmark