DIARI SEORANG GURU PRASEKOLAH

Perkongsian ilmu dan pengalaman mendidik kanak-kanak

Sep
22

Meja Carrom Prasekolah

Posted by mshalim

Terdapat satu tunjang dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan iaitu Tunjang Fizikal dan Estetika :

(PFK 1.1.12) Menggunakan jari untuk menjentik.

Standard pembelajaran ini memberi satu lagi idea salah satu langkah memelihara alam sekitar dengan mengitar semula rak buku di dinding bilik guru yang tidak digunakan lagi menjadi meja carrom.

Carrom merupakan satu permainan yang memerlukan kite menggunakan jari untuk menjentik. Jadi amatlah sesuai untuk kita melatih kanak-kanak ini menjentik melalui permainan carrom.

Apa yang hanya saya pelu lakukan ialah terbalikkan rak itu, buatkan kaki untuk meja itu, kemudian cat dan balut bahagian atas meja itu dan….

SIAP !!!….

Satu lagi hasil yang dapat memelihara alam sekitar…diharap anak-anak muridku dapat memanfaatkan meja carrom ini sepenuhnya kerana peluang seperti ini mungkin hanya boleh didapati di prasekolah sahaja… :-)

Share/Save/Bookmark

Sep
20

Membuat meja makan Prasekolah

Posted by mshalim

Pada suatu tengah hari, sengaja ku angkat kakiku ini untuk bersiar-siar di sekitar kawasan sekolah…dan ternampak satu longgokan meja murid yang telah uzur dan hanya menanti masa sahaja untuk dilupuskan…beginilah keadaan meja-meja yang telah uzur itu….

Dari situ timbulnya idea untuk memanfaatkan meja-meja yang uzur ni kepada satu barang yang baru dan boleh digunakan dengan selamat…

Jadi dengan kepakaran yang x seberapa ni, kuberikan sedikit sentuhan dan penambahbaikan beginilah keadaan meja ni semasa dalam proses pembikinan….

DAN….

Inilah sahaja yang mampu kulakukan untuk menghasilkan meja makan untuk anak-anak murid prasekolah ku ini…walaupun x seberapa tp kepuasan itu tidak dapat digambarkan melalui kata-kata kerana dapat menyelamatkan beberapa meja daripada terus dilupuskan…

Share/Save/Bookmark

1- Allah menyuruh kita agar mengiktiraf akan kebesaranNya dengan mengucapkan ‘Takbir’ pada malam Aidil Fitri dengan gema yang mampu menggemparkan para syaitan.

2- Allah menyuruh kita mensyukuri segala nikmatnya dengan bertahmid dan berzikir.

3- Allah menyuruh kita supaya memohom keampunan dengan beristighfar.

4- Allah memerintahkan kita supaya mengeluarkan ‘Sadaqatul Fitri’ (membayar zakat fitrah).

5- Keluar beramai-ramai untuk menunaikan Solat Aidil Fitri dan mendengar khutbah dengan penuh penghayatan.

6- Bertemu, beramah mesra dan bermaaf-maafan sesama muslimin.

7- Menziarahi kubur dan memohon keampunan untuk ahli-ahlinya.

8- Kunjung-mengunjung dan ziarah-menziarahi untuk mengeratkan silaturrahim.

Sumber : IKRAM Sabak Bernam

Share/Save/Bookmark

Sep
05

Lailatul Qadar

Posted by mshalim

TANDA-TANDA LAILATUL QADAR

Diterangkan dalam sebuah hadis, antara tanda-tandanya ialah :

1- Udara pada malam itu amat nyaman, tidak panas dan tidak terlalu sejuk.

2- Terbit matahari pada pagi esok harinya dalam kedaaan putih dan bersih, bagaikan bulan purnama, sinarannya lembut dan tidak terik.

3- Tidak terasa kepanasan pada siang harinya, walaupun matahari sangat cerah dan terang benderang.

HIKMAH DISEMBUNYIKAN LAILATUL QADAR

1- Supaya kita berusaha untuk mendapatkannya.

2- Supaya kita berusaha meningkatkan ibadah pada sepuluh malam terakhir Ramadhan.

3- Memperbanyakkan doa untuk memperolehinya.

Sumber : IKRAM Sabak Bernam

Share/Save/Bookmark

Salam ukhwah kepada semua umat Islam di seluruh dunia…

Saya rasa masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak lebih-lebih lagi kita sekarang berada di 10 akhir Ramadhan…Semoga amal ibadah kita kali ini diterima hendaknya…

Kali ini saya ingin berkongsi bahan bacaan saya dari sumber IKRAM yang bertajuk “Semarakkan Ibadah Pada 10 Akhir Ramadhan”


1- Menghidupkan malam-malam tersebut dengan ibadah.

2- Mengejutkan ahli keluarga untuk sama-sama beribadah menghidupkan malam-malam tersebut.

3- Mengikat tali pinggang (tidak bersama isteri). Diriwayatkan daripada A’ishah r.a yang maksudnya “Adalah Rasulullah s.a.w, apabila tiba 10 terakhir (Ramadhan) beliau akan menghidupkan malamnya dan mengejutkan isteri-isterinya dan mengikat tali pinggangnya (tidak bersama isteri). (Riwayat bukhari dan Muslim).


4- Mandi antara maghrib dan isyak dan menghiaskan diri dengan pakaian yang indah dan wangi-wangian, terutama pada malam-malam ganjil.

5- Berusaha bersunguh-sungguh agar dikurniakan Lailatul Qadar. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya : Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : “Sesiapa yang mendirikan sembahyang pada malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, maka akan diampunkan segala dosa yang dilakukan sebelum itu”

6- Melakukan iktikaf di masjid pada 10 malam terakhir Ramadhan. Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya “Biasanya Nabi s.a.w beriktikaf pada sepuluh hari terakhir dalam bulan Ramadhan.”

7- Membayar zakat fitrah, zakat harta dan zakat pendapatan.

8- Memperbanyakkan sedekah.

Share/Save/Bookmark

Sekolah Kebangsaan Parit Serong telah mengadakan Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Kali Ke-53 pada :

Tarikh : 09 Ogos 2010 (Isnin)

Masa : 7.45 pagi

Tempat : Dataran Perhimpunan

RASIONAL

Bulan Ogos adalah bulan bersejarah bagi Negara Malaysia kerana Hari Kebangsaan jatuh pada bulan tersebut iaitu pada tanggal 31 Ogos 1957. Oleh itu Jawatankuasa Bulan Kemerdekaan telah dibentuk bagi merangka beberapa aktiviti yang menjurus ke arah penghayatan warga sekolah khususnya murid-murid dalam menyemai semangat patriotik yang jitu dalam diri mereka.

OBJEKTIF

Menanam semangat cintakan negara dan mewujudkan semangat patriotisme yang jitu di dalam diri murid-murid dan terhadap agama, bangsa dan negara.

Melibatkan murid-murid dalam setiap aktiviti yang membolehkan mereka menghayati dan memahami erti kemerdekaan dalam konteks menyeluruh dan jelas.

Peka dan menghargai sejarah negara terutamanya usaha para pejuang yang telah membebaskan negara daripada belenggu penjajah dan seterusnya mendapatkan kemerdekaan.

p/s: Murid-murid prasekolah bersemangat mengibarkan Jalur Gemilang

Share/Save/Bookmark

Jul
22

DO IT YOURSELF - Membuat Lempeng

Posted by mshalim

Bertemu kita dalam siri DO IT YOURSELF iaitu membuat lempeng

bagi mereka yang masih belum mengenali apa itu lempeng, lempeng ialah sejenis makanan yang berasaskan tepung…terdapat beberapa jenis lempeng antaranya ialah lempeng pisang dan lempeng tepung….

Untuk siri kita pada kali ini ialah lempeng tepung dan di sini kita dapat lihat murid prasekolah membuat sendiri lempeng tepung di bawah pengawasan guru dan pembantu pengurusan murid…

LANGKAH 1 :

Untuk permulaan dan juga sebagai set induksi, murid-murid akan diberikan taklimat dan demo bagaimana menghasilkan lempeng tepung yang lazat…pada langkah pertama ini apa yang penting ialah tumpuan murid sepenuhnya supaya murid tidak mengalami masalah ketika proses penghasilan nanti…

LANGKAH 2 :

Ok murid-murid, sekarang giliran kamu pula untuk membuat lempeng…hihi…letakkan 3 sudu tepung dalam mangkuk yang telah diberi…pastikan tiada tepung yang jatuh keluar…

LANGKAH 3 :

Letakkan pula garam pada tepung itu dengan secukup rasa…lebih kurang setengah sudu kecil…

LANGKAH 4 :

ok sekarang, letakkan pula air secukupnya pada tepung di dalam mangkuk itu…Ingat ye murid-murid, air ini adalah untuk membuat lempeng bukannya untuk simbah kawan….

LANGKAH 5 :

Sekarang, kacau adunan tepung, garam dan air tadi dengan sebati…pastikan adun hingga sebati

LANGKAH 6 :

Dan sekarang tiba masa untuk kita mula memasak tapi sebelum itu sila pastikan anak-anak murid anda berada dalam kawalan anda sepenuhnya ini bagi menjamin keselamatan dan secara langsung dapat meningkatkan keberkesanan proses pembelajaran mereka…

Mulakan dengan memanaskan kuali dan meratakan minyak masak pada kuali tersebut…Ini bagi mengelakkan lempeng melekat terus pada kuali.

LANGKAH 7 :

Kemudian masukkan adunan tepung yang telah sebati tadi ke dalam kuali…jangan masukkan adunan itu secara berlebihan atau terlalu kurang kerana ini akan menjejaskan kualiti dan kelazatan lempeng itu nanti

LANGKAH 8 :

Ratakan tepung itu tadi pada kuali mengikut bentuk lempeng yang dikehendaki..kebiasaannya bentuk lempeng adalah bulat.. :-)

LANGKAH 9 :

Setelah dibiarkan beberapa ketika di dalam kuali, lempeng tersebut hendaklah diterbalikkan supaya kedua-dua bahagian lempeng iaitu bahagian atas dan bawah lempeng benar-benar masak.

LANGKAH 10 :

Lempeng itu tadi telah masak dan sedia untuk dikeluarkan dari dalan kuali ke pinggan…Berhati-hati ketika mengangkat lempeng tu ye kerana dikhuatiri lempeng itu terbang ke tempat lain pula…hihi.

LANGKAH 11 :

Letakkan lempeng itu di pinggan dengan berhati-hati…

LANGKAH 12 :

Siap !!! … beginilah keadaan lempeng tepung yang telah masak ye puan-puan dan sedia untuk dimakan.

LANGKAH 13 :

Langkah ini ialah langkah terakhir iaitu memakan lempeng tepung beramai-ramai dan cicah dengan sambal special yang ditempah khas.

Lempeng tepung ini boleh juga dimakan dengan gula…

SELAMAT MENCUBA !!!

Share/Save/Bookmark

Jul
07

Membuat Topeng

Posted by mshalim

Ini pula salah satu aktiviti untuk kanak-kanak pada hari ini….Membuat topeng Ultraman…Seperti yang kita ketahui watak Ultraman begitu glamour dan boleh dikatakan hampir semua kanak-kanak mengenali Ultraman….

Pada awalnya memang nak buat topeng ultraman tapi macam lain sikit je hihi…its ok, try again…

Yang penting anak-anak murid saya enjoy dalam menjalani aktiviti ini…Ia mudah sahaja sesaiapa pun boleh buat pada bila-bila masa…

1- Lakar gambar topeng tersebut dan kemudian scan n print terus pada kad manila.

2- Murid mewarna topeng mengikut kreativiti sendiri.

3- Murid memotong topeng tersebut dari kad manila mengikut garisan yang telah ditetapkan.

4- Buatkan lubang untuk mata dan hidung bagi memudahkan murid melihat dan bernafas semasa memakai topeng tersebut.

5- Akhir sekali gunakan gelang getah untuk mengikat topeng pada telinga.

SIAP !!!

Lihatlah hasilnya…mudah dan menjimatkan…tidak perlu pergi ke kedai untuk membeli topeng kerana kualiti topeng buatan sendiri ini juga sama seperti di kedai…

SELAMAT MENCUBA !!!

p/s : Jom kita fikirkan apakah watak seterusnya untuk topeng yang akan datang..

Share/Save/Bookmark

Jun
24

Aquaria Di Prasekolah

Posted by mshalim

Selamat datang ke mini aquaria di prasekolah…masuk adalah percuma !!! hihi…

Inilah antara bahan dan haiwan maujud di kelas prasekolah saya. Selain menjadikan kelas lebih ceria, ia juga boleh dijadikan sebagai bahan bantu mengajar…sesuai juga untuk tema haiwan di air…

Apa yang ingin dikongsi disini ialah usia aquarium ini telah hampir 10 tahun dan keadaannya sebelum ini adalah uzur…sedih saya melihatnya :-(

Tapi setelah diberi sedikit sentuhan dan diakhiri dengan proses mengecat, beginilah hasil yang dapat anda saksikan. :-)

Ini pula reaksi kanak-kanak setelah melihat sesuatu yang baru di kelas saya…dan saya telah membahagikan tugas kepada mereka untuk memberikan makanan kepada ikan-ikan secara bergilir-gilir.

Moral daripada kisah ini ialah sentiasa mengasihi haiwan kerana mereka juga ingin dikasihani dan kitar semula bahan atau barang yang telah uzur dan maksimumkan penggunaan bahan tersebut.

p/s  : Ini adalah wajah terbaru aquaria di pra :

Share/Save/Bookmark

Jun
22

Origami : Arnab

Posted by mshalim

Berjumpa lagi kita dalam siri origami seterusnya…macam nak belajar memasak la plk..hihi….

Sebelum tu saya ingin mengucapkan selamat kembali bersekolah kepada semua guru dan pelajar amnya dan khususnya guru dan murid-murid prasekolah setelah bercuti pertengahan tahun selama lebih kurang 2 minggu

Origami kami pada hari ini ialah arnab…Bukannya apa..ini adalah untuk menarik mood kanak-kanak ni untuk lebih seronok di sekolah setelah lama bercuti

Ini pula proses terakhir murid-murid menyiapkan origami arnab tersebut..

Melukis mata, telinga dan misai arnab… :-)

Siap !!! Arnab-arnab ini telah sedia untuk diternak… Tahniah anak-anak muridku kerana berjaya menghasilkan origami arnab

Share/Save/Bookmark