SEJARAH SEKOLAH
SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT SERONG telah didaftarkan untuk persekolahan pada 1 Jun 1956. Nama asalnya ialah Sekolah Umum Parit Serong kerana terletak di Kampung Parit Serong.
Sekolah ini ditubuhkan kerana ramai ibu bapa terpaksa menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah yang terletak agak jauh dari rumah dan masalah pengangkutan merupakan masalah utama pada waktu itu.
Pada awal penubuhannya, hanya terdapat 121 orang murid yang didaftarkan dengan jumlah guru seramai 4 orang dan 3 buah kelas. Jumlahnya semakin bertambah dari semasa ke semasa sehingga mencapai 279 orang murid pada 1 Januari 2008 bersama 24 orang guru dan 9 buah kelas. Prasekolah turut dimulakan pada Januari 2007 dengan bilangan murid seramai 23 orang.
GURU BESAR
1. Mohd Arif b. Ibrahim ( 1956 -1968 )
2. Mutalif b. Yusof ( 1969 - 1972 )
3. Abu Hassan b. Amat ( 1972 - 1976 )
4. Kamaruddin b. Muhammad ( 1976 - 1979 )
5. Mohd Arif b. Mat Noh ( 1980 - 1984 )
6. Kamsah b. Bedul ( 1985 - 1987 )
7. Fadilah b. Osman ( 1987 - 1993 )
8. Faridah bt. Abdullah ( 1993 - 1995 )
9. Ghafar b. Shahamin ( 1995 -1997 )
10. Harun b. Abdullah ( 1997 - 2005 )
11. Noor Zalina bt. Mohd Tahir ( 2005 - 2011 )
12. Ahmad Yusak bin Tukiman ( 2011 - sekarang )
LENCANA SEKOLAH

Lencana sekolah ini mempunyai empat warna iaitu :-
1- Putih : Melambangkan hati yang bersih dan ikhlas untuk mendapatkan
ilmu pengetahuan.
2- Kuning : Sentiasa patuh pada arahan guru.
3- Biru : Melambangkan hati yang sabar dalam menghadapi pelajaran.
4- Merah : Kegigihan hati yang tidak putus asa dalam mencapai cita-cita.
5- Obor melambangkan ilmu sebagai penyuluh hidup.
6- Daun melambangkan bahawa sekolah ini berada di kawasan pertanian.
7- Padi melambangkan sebahagian daripada murid datang dari kawasan sawah.
PIAGAM
Menuju ke arah kecemerlangan dengan :
* Melaksanakan sistem pengurusan dan kepimpinan organisai secara terancang dan profesional.
* Mempastikan kecemerlangan pelajar secara seimbang dan berkualiti, meliputi aspek akademik, kokurikulum, sahsiah serta kimanan.
*Mempastikan pelaksanan dasar disempurnakan secara kolektif dan penuh komitmen, menerusi koordinasi jitu semua pihak yang berkaitan.
VISI
Meningkatkan budaya dan iklim sekolah cemerlang untuk melahirkan pelajaran cemerlang secara bersepadu
MISI
Memastikan warga SKPS mengamalkan budaya kerja cemerlang dalam semua aspek dengan penuh dedikasi, secara kolektif dan bersepadu menggunakan ICT agar pencapaian sekolah sentiasa cemerlang.
LAGU SEKOLAH
( Gemilang Sekolahku )
Gemilanglah sejolahku,
Di mercu kejayaan,
Suasana damai ceria guruku,
Kami pelajar cemerlang.
Keindahan sekolahku,
Kebanggan kami semua,
Tekunlah berusaha,
Pastikan berjaya,
Kami pelajar cemerlang.
Sekolahku maju jaya,
SKPS gilang gemilang,
Cerialah guru kami,
Mendidik untuk negara.
Gemilanglah sekolahku,
Di mercu kejayaan,
Suasana damai ceria guruku,
Kami pelajar cemerlang,
Kami pelajar cemerlang.




assalamualaikum…gmbar2 skps takder ker??
Wslm…ade blm upload lg…stay tuned !!!
salam cikgu halim. Saya sungguh terharu dan bangga dengan usaha cikgu mendidik anak-anak murid dengan sungguh telus dan berwibawa. syabas cikgu.
Salam kembali…Terima kasih di atas segala sokongan anda…semoga blog ini dapat membantu anda semua…
salam.. lagu skps bila tukar baru?..
salam kembali…lagu skps masih dikekalkan cuma temponya kini telah ditukar kepada yang agak perlahan…
tAHNIAH,ANDA GURU CEMERLANG
tahniah cikgu…….cikgu mngharumkan name sklah kite……
Alhamdulillah…berkat doa dan sokongan semua pihak…
lagu skps dah ganti baru ke?
yang lame tu best pe…
“sekolah kebangsaan parit serong,
sekolah yang kami, sangat cintai
rela berkorban sepenuh hati,
demi mencapai cita-cita”
kalau x silapla lirik dia..
cikgu,doakan tahun nih ramai yg dapat 5A …
Add A Comment